PENGENALAN

Jabatan Kemajuan Masyarakat atau lebih sinonim dikalangan khalayak umum sebagai KEMAS adalah lanjutan dari Bahagian Pelajaran Dewasa yang telah ditubuhkan pada 1961, melalui kertas kabinet Bil.385/25/60 dengan memberi fokus utama kepada program "Pembasmian Buta Huruf".

Menjelang tahun 1977, gerakan membasmi buta huruf ini telah dipertingkatkan dengan pengenalan konsep 'Functional Literacy' oleh UNESCO sebagai satu usaha untuk menjadikan gerakan membasmi kemiskinan sebagai salah satu strategi membangunkan masyarakat luar bandar. Berikutan pelancaran "Dasar Ekonomi Baru" (1970), Bahagian ini telah ditukar namanya kepada "Bahagian Kemajuan Masyarakat" (KEMAS) dengan penekanan kepada usaha-usaha pembangunan masyarakat dalam erti kata sebenar.

Wednesday, July 30, 2008

Pemaju Masyarakat Cemerlang

NIBONG TEBAL : Pelancaran Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) peringkat negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak Utara bermula 30 Julai ini akan membawa manfaat yang besar kepada penduduk luar bandar.Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Zainal Abidin Osman, berkata ini kerana majaroti penduduk di NCER adalah penduduk luar bandar." Penduduk kawasan luar bandar di empat negeri ini akan menerima limpahan ekonomi yang mencurah-curah menerusi NCER dan ia seharusnya tidak dilepaskan begitu sahaja, " katanya.Beliau yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata pada sidang media selepas merasmikan Hari Potensi Kanak-kanak Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) negeri, di Kompleks Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM), dekat sini semalam.Sempena program itu, adik Hayatun Syamilah Sariman, 6, dari Taman Bimbingan Kanak-kanak (TBK) KEMAS Parlimen Bagan diisytiharkan murid TBK cemerlang.Pemaju Masyarakat KEMAS, Siti Rokamah Mohd Yassin, dari Parlimen Bayan Baru, diisytihar penerima anugerah inovatif peringkat negeri.

Sumber : Berita Harian
Ucapan Takziah kepada keluarga
Allahyarhamah Puan Siti Rokamah Bt Mohd Yassin - Al Fatihah...