PENGENALAN

Jabatan Kemajuan Masyarakat atau lebih sinonim dikalangan khalayak umum sebagai KEMAS adalah lanjutan dari Bahagian Pelajaran Dewasa yang telah ditubuhkan pada 1961, melalui kertas kabinet Bil.385/25/60 dengan memberi fokus utama kepada program "Pembasmian Buta Huruf".

Menjelang tahun 1977, gerakan membasmi buta huruf ini telah dipertingkatkan dengan pengenalan konsep 'Functional Literacy' oleh UNESCO sebagai satu usaha untuk menjadikan gerakan membasmi kemiskinan sebagai salah satu strategi membangunkan masyarakat luar bandar. Berikutan pelancaran "Dasar Ekonomi Baru" (1970), Bahagian ini telah ditukar namanya kepada "Bahagian Kemajuan Masyarakat" (KEMAS) dengan penekanan kepada usaha-usaha pembangunan masyarakat dalam erti kata sebenar.

Monday, November 30, 2009

JADUAL PEMBAYARAN GAJI 2010



To semua kakitangan boleh laaa buat perancangan perbelanjaan untuk tahun hadapan....

MESYUARAT JKPP Bil - 11

Hari ini diadakan Mesyuarat JKPP Bil ke 11 KEMAS Kawasan Bayan Baru. Mesyuarat membincangkan pelbagai perkara untuk semua unit termasuk Prasekolah, Unit BPM, Unit Pembangunan Desa, Unit Bina Insang, Perhubungan & Unit Pembangunan Desa....

Tuesday, November 24, 2009

MAJLIS PELANCARAN BLOG RASMI KEMAS BAYAN BARU..


Ketibaan Dato' Timbalan Menteri disambut oleh Penyelia Kanan Kawasan En roslan Bin Mohamed dengan iringan kompang dan silat oleh Kanak-kanak Tabika


Semua tetamu menyanyikan lagu Negaraku & Lagu KEMAS


Ucapan Aluan oleh Tuan Hj Kamaruddin Bin Hj Ismail, Pengarah KEMAS Pulau Pinang


Ucapan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bayan Baru , Tuan Ir Mansur Bin Musa

Antara Jemputan yang hadir adalah Pengerusi Tabika, Jawatankuasa UMNO Bahagian, Wakil dari Lembaga Tabung Haji, & Penyelia-Penyelia Kanan Kawasan di dalam Negeri Pulau Pinang

Sebagai Simbolik, Datuk Timbalan Menteri diminta untuk memetik butang yang disediakan bagi menandakan beliau melancarkan Blog Rasmi KEMAS Bayan Baru

Sedikit info menarik yang dikongsi bersama....


Menghayati slide presentation yang telah disediakan oleh urusetia KEMAS Kawasan Bayan Baru


Alhamdulillah.. Semuanya berjalan dengan lancar walaupun terdapat sedikit gangguan teknikal pada peringkat permulaan...

Monday, November 16, 2009

SIDANG MEDIA SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN TABIKA KEMAS KAWASAN BAYAN BARU - Swasta diminta bantu Tabika Kemas

PULAU PINANG 15 Nov. - Sektor swasta diminta tampil memberi sokongan bagi membantu kerajaan membangunkan modal insan yang berkualiti di negara ini terutama di peringkat prasekolah.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hasan Malek berkata, pendidikan prasekolah antara komponen yang penting dalam sistem pendidikan negara pada masa kini.
Katanya, melalui pendidikan tahap itu, nilai-nilai murni akan dapat disemai ke dalam diri anak-anak.
''Kita semua sedar, anak-anak ini akan menjadi pewaris kepimpinan negara satu masa nanti. Justeru mereka ini tidak boleh kita mempersia-siakan.

''Janganlah hanya mengharapkan kerajaan. Sektor swasta digesa sama-sama membantu. Bantuan boleh dilakukan dalam pelbagai cara termasuk menyediakan premis untuk Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) selain membantu menghulurkan bantuan kewangan," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Konvokesyen Tabika Kemas kawasan Bayan Baru.

Jelas Hasan, peranan sektor swasta juga amat diperlukan terutama di negeri-negeri yang dikenalpasti sukar mendapatkan tempat untuk diadakan Tabika Kemas kerana kekurangan tanah atau akibat pelbagai masalah lain.


MAJLIS KONVOKESYEN PELAJAR TABIKA KEMAS & PELANCARAN BLOG RASMI KEMAS KAWASAN BAYAN BARU





Alhamdulillah... Blog Rasmi Pejabat Kemajuan Masyarakat ( KEMAS ) Kawan Bayan Baru telah dilancarkan dengan rasminya oleh Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah iaitu YB Dato' Hj Hassan Bin Malek pada 15 November 2009 bertempat di Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas Pulau Pinang . Turut hadir Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bayan Baru Tuan Ir Mansor Bin Musa & Tuan Haji Kamaruddin Bin Hj Ismail , Pengarah KEMAS Negeri Pulau Pinang.

Thursday, November 5, 2009

DISKUSI ILMIAH









MESYUARAT JKPP KEMAS KAWASAN BAYAN BARU


Menyuarat JKPP diadakan setiap bulan


banyak perkara yang dibincangkan dengan semua kakitangan


Semua PM tekun mendengar nasihat dan arahan daripada Penyelia Kanan

Thursday, October 15, 2009

DAFTAR TABIKA KEMAS...

PENDAFTARAN KE TABIKA KEMAS KINI DIBUKA

Moto : Ceria, Cerdik, Cergas

Maklumat :

i. Guru yang terlatih dan berpengalaman

•Kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun. (Keutamaan diberi kepada kanak-kanak yang mendaftar awal)
•Menggunakan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
•Pendidikan Interaktif :
•Bahasa dan Komunikasi
•Bahasa Melayu
•Bahasa Inggeris
•Perkembangan Kognitif
•Kerohanian dan Moral
•Pendidikan Islam
•Pendidikan Moral
•Perkembangan Sosioemosi
•Perkembangan Fizikal
•Kreativiti dan Estetika
•Program Keibubapaan
•Program Pengukuhan dan Pengkayaan
•Ko-Kurilulum
•Sukan/Bakat
•Belajar Muzik
•Mengaji
•Lawatan sambil belajar
•Disediakan:
◦Buku Aktiviti kepada Semua Kanak-kanak
◦Pakaian Seragam, Pakaian Sukan dan Beg ( bagi yang layak)
◦Makanan Tambahan Berkhasiat
Pendaftaran : Jun hingga November

Sila Hubungi : TABIKA KEMAS berhampiran

Borang : Dapatkan Borang Pendaftaran di TABIKA KEMAS yang berhampiran

Thursday, September 24, 2009

Majlis Gema Ramadhan & Penyampaian Sumbangan Sempena Aidilfitri


Sumbangan duit raya & beras...


Turut hadir Tuan Ir Mansor Musa ( Timb Ketua UMNO Bahagian ) , Tn Hj Abdullah Shariff ( Penyelia Kanan Bina Insan KEMAS P.Pinang , Wakil daripada Tabung Haji...




Seramai 93 orang hadir untuk menerima bantuan pada program tersebut.

SEMOGA USAHA INI DAPAT MEMBANTU MEREKA YANG KURANG BERKEMAMPUAN... INSYALLAH...

Wednesday, September 16, 2009

PROGRAM GEMA RAMADHAN


Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri KEMAS Bayan Baru akan menyampaikan Sumbangan Kepada dan Zakat Kepada lebih kurang 80 orang miskin yang disenaraikan di kawasan Bayan Baru.. Semoga usaha ini dapat membantu meringankan bebanan mereka sempena Syawal yang bakal tiba... INSYALLAH..

Saturday, September 12, 2009

Lawatan Kesatuan Keluarga KEMAS & Badan Kebajikan KEMAS Negeri Pulau Pinang ke rumah Arwah Siti Rokamah Bt Yassin yang telah kembali ke Rahmatullah.


Semua PM & Kakitangan KEMAS Bayan Baru berkumpul di Rumah Arwah Puan Siti Rokamah untuk menunggu kedatangan Wakil Kesatuan KEMAS & Badan Kebajikan KEMAS Pulau Pinang


En Ramlan meyampaikan sedikit ucapan dan diikuti sumbangan oleh Pengerusi Kesatuan Kakitangan KEMAS Tuan Hj Ismadi kepada En Kapi ( Suami kepada Arwah Puan Siti Rokamah )



Turut hadir Puan Shima, Pengerusi Badan Kebajikan KEMAS Pulau Pinang, anak-anak Arwah Puan Siti Rokamah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua kerana mengambil berat mengenai keperluan mereka sempena Aidilfitri...

Jutaan Terima Kasih kepada yang memberi sumbangan... Al - Fatihah....

Monday, August 17, 2009

BENGKEL TABIKA


Pada bengkel tabika minggu ini, seramai 4 orang kakitangan baru telah memperkenalkan diri masing-masing dan mereka kini ditempatkan di Tabika.

Sunday, August 16, 2009

BENGKEL PROFESIONALISME PM KEMAS



Alhamdulillah bengkel dah selesai dijalankan... thanks untuk semua yg terlibat. Kak Nor dengan penuh semangat berkongsi pengalaman masa jadi PM dulu...

Friday, August 14, 2009

BENGKEL PROFESIONALISMA

Pada 15 hb Ogos 2009 diadakan bengkel profesionalisma kepada PM.... bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Kemajuan Masyarakat ( KEMAS ) Kawasan Bayan Baru bermula jam 8.45 pagi hingga 2.00 petang...

Semoga kita mendapat imput yang baik daripada bengkel yang diadakan..
SELAMAT MAJU JAYA...

Friday, July 24, 2009

PROJEK MUHIBAH INTERGRASI DESA - PUTRA











Antara gambar Projek PUTRA...



Bas akan bertolak pada pukul 8.00 pagi 24hb.Julai 2009, sarapan pagi disediakan di Restoran Kassim Mustaffa Bayan Baru.....



Peserta bergambar kenangan sebelum bertolak ke Kg Seri Tanjung Alor Gajah Melaka, Turut hadir untuk mengucapkan selamat jalan Mr Wong Mun Hoe Pengerusi Gerakan Bahagian Bayan Baru & Pengerusi MCA Bahagian Bayang Baru Mr Tan Lai Theng...


Peserta mendengar sedikit taklimat daripada En Roslan Bin Mohamed sebelum memulakan perjalanan, seramai 80 orang peserta termasuk tiga orang pegawai KEMAS mengikuti lawatan ini..



Wartawan dari Skuad Cakna Sinar Harian , Cik Nadia sedang menemubual En Roslan Bin Mohamed dan Mr Wong Mun Hoe. Terima kasih kepada Cik Nadia...

Monday, July 13, 2009

BENGKEL PERHUBUNGAN - MENGEMASKINI BLOG TABIKA

Pada hari jumaat yang lepas pada bengkel Perhubungan, Unit Perhubungan & Pembangunan desa dan kerjasama semua unit telah mengadakan bengkel mengemaskini blog tabika...
Semua PM & Penyelia hadir pada bengkel tersebut.....


Penerangan diberikan oleh Penyelia Pembangunan Desa dan Perhubungan Dun Pantai Jerejak & dibantu oleh PM Pusat Literasi Komputer & Penyelia Perhubungan Parlimen....


Semua PM Tabika hadir termasuk PM Khas & PM Pendidikan Kemahiran



Semua PM menumpukan perhatian disamping mencatat beberapa tips yang diberikan.PM juga telah dibekalkan dengan nota yang ringkas dan mudah untu difahami...


Alhamdulillah...nampak macam faham je....semangantnyee sampai duduk atas lantai....



Bengkel berjalan lancar dan tamat lebih kurang jam 5.15 petang....


Semoga semua tabika dapat mengemaskini blog masing-masing dari masa ke semasa... Terima kasih kpd Penyelia Kanan Kawasan En Roslan Bin Mohamed kerana sentiasa memberikan sokongan atas usaha bagi meningkatkan pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat bagi diaplikasikan didalam organisasi KEMAS....
SELAMAT BERJAYA......

Wednesday, July 8, 2009

MOHON KERAJAAN NEGERI SEDIA TAPAK KELAS TABIKA KEMAS





KENDURI BUAH-BUAHAN....6hb 7.2009


ada buah rambutan....buah durian....& manggis.....


wahhh... sedapnye.....



amboi....mcm pakar je.. Kak Jeli, Kak Maziah & Kak Omi....


semua kakitangan hadir pada hari tersebut...alhamdulillah....bos pun nampak happy...


x dilupakan...jiran2 sepulau.... Man, Firdaus, Tn Hj Ismadi, Tn Hj Dollah... &
yang penting En BA...


INSYALLAH...TAHUN DEPAN BUAT KENDURI LAGI.....