-Melahirkan masyarakat yang berilmu, berdaya tahan dan memiliki nilai-nilai murni sehingga mampu menghadapi saingan dan cabaran bagi menjadikan kawasan luar bandar maju, menarik dan menguntungkan;
-Meningkatkan perkembangan sosio-ekonomi, fizikal, intelek dan rohani serta memberi kemahiran 3M kepada kanak-kanak (berumur 4-6 tahun) melalui pendidikan prasekolah;
-Menentukan perancangan dan pelaksanaan program dan aktiviti melibatkan penyertaan menyeluruh ahli masyarakat (peserta, ibubapa dan pimpinan tempatan); dan
-Meningkatkan kualiti dan produktiviti kakitangan melalui kursus dan latihan dengan menggalakkan perubahan sikap dan pemakaian kaedah baru di dalam semua program dan aktiviti KEMAS.
-Mengubah sikap dan menyemai nilai murni di kalangan masyarakat untuk membina satu masyarakat yang maju, berdaya saing dan berdikari;
-Mewujudkan inisiatif dan perasaan tanggungjawab setiap anggota masyarakat dalam pembangunan sosial, ekonomi dan politik;
-Melibatkan penyertaan rakyat secara aktif dalam menjayakan matlamat kerajaan dan negara
-Mengeratkan hubungan kerajaan dan rakyat di samping mendapatkan sokongan mereka (rakyat) terhadap usaha-usaha pembangunan negara.
-Menumpukan Pembangunan Manusia sebagai teras dalam Pembangunan Masyarakat Luar Bandar.
-Memperlengkapkan minda melalui pendidikan dan kemahiran mengikut tuntutan semasa.
-Penglibatan secara langsung dan bersepadu dengan lain-lain Agensi Kerajaan, Swasta, Institusi Masyarakat dan orang perseorangan dalam usaha membangun Masyarakat Luar Bandar.
-Merangsang kumpulan sasar mencetus idea untuk merancang program-program pembangunan
No comments:
Post a Comment