PENGENALAN

Jabatan Kemajuan Masyarakat atau lebih sinonim dikalangan khalayak umum sebagai KEMAS adalah lanjutan dari Bahagian Pelajaran Dewasa yang telah ditubuhkan pada 1961, melalui kertas kabinet Bil.385/25/60 dengan memberi fokus utama kepada program "Pembasmian Buta Huruf".

Menjelang tahun 1977, gerakan membasmi buta huruf ini telah dipertingkatkan dengan pengenalan konsep 'Functional Literacy' oleh UNESCO sebagai satu usaha untuk menjadikan gerakan membasmi kemiskinan sebagai salah satu strategi membangunkan masyarakat luar bandar. Berikutan pelancaran "Dasar Ekonomi Baru" (1970), Bahagian ini telah ditukar namanya kepada "Bahagian Kemajuan Masyarakat" (KEMAS) dengan penekanan kepada usaha-usaha pembangunan masyarakat dalam erti kata sebenar.

Saturday, November 9, 2013

KELAS KOMPUTER KEMAS BAYAN BARU

DAFTAR SEGERA !!!
PROMOSI SEMPENA CUTI SEKOLAH..
KELAS AKAN BERMULA PADA 18HB NOVEMBER 2013..
TEMPAT ADALAH TERHAD..



Tuesday, October 29, 2013

TAHNIAH MENTERI KKLW



Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang
mengekalkan kerusi naib presiden Umno dalam pemilihan parti semalam, merupakan
pemimpin pertama dari Sabah memegang jawatan kanan parti itu.
Beliau yang menggalas tanggungjawab itu sejak 2009, memperoleh undi kedua
tertinggi untuk terus bergandingan dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk penggal 2013-2016.
Ahmad Zahid mendapat 185 undi, Mohd Shafie 174 undi dan Hishammuddin 100
undi.

Wednesday, August 21, 2013

JAWATAN KOSONG KEMAS

Tawaran mengikuti kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (Tabika/Taska) Kemas Tahun 2013. Sebarang maklumat & proses permohonan dan untuk mendapatkan maklumat selanjutnya klik  JAWATAN KOSONG KEMAS DIBUKA

Saturday, February 16, 2013

SETINGGI - TINGGI UCAPAN TAHNIAH DARI KAKITANGAN KEMAS KAWASAN BAYAN BARU



Tahniah YBhg. Dato' Hassan bin Mohd Amin, Ketua Pengarah KEMAS Malaysia yang menerima Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS) yang membawa gelaran Dato' sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ke-67,yang berlangsung di Istana Alam Shah, Klang.

SETINGGI - TINGGI UCAPAN TAHNIAH DARI KAKITANGAN KEMAS KAWASAN BAYAN BARU , PULAU PINANG

KAKITANGAN KEMAS MEMBANTU PROSES PENYERAHAN BR1M




Monday, February 4, 2013

PENYERAHAN BR1M

Kepada sesiapa yang telah menerima surat dari DUN Batu Uban N35 untuk penyerahan baucer BR1M 2.0 boleh dapatkan baucer anda di alamat seperti berikut:-

Pejabat Kemas Bayan Baru
(untuk masyarakat Melayu)
Isnin hingga Jumaat: 2.00 petang hingga 4.30 petang
Sabtu & Ahad : 10.00 pagi hingga 12.30 petang
Alamat: Pejabat KEMAS Bayan Baru, Jalan Sultan Azlan Shah.
Tel: 6446124
Penyelia Kanan: Roslan Mohamed

Pejabat Urusan En Goh Kheng Sneah
(untuk masyarakat Cina & India & lain-lain)
Isnin hingga Jumaat: 2.30 petang hingga 5.00 petang
Sabtu & Ahad: Tutup
Alamat: No 16 Solok Bukit Jambul, 11900 Pulau Pinang
(Hadapan Hotel Vistana)
Penyelia: Puan Sally Chung 012-4808870 /6440788