PENGENALAN

Jabatan Kemajuan Masyarakat atau lebih sinonim dikalangan khalayak umum sebagai KEMAS adalah lanjutan dari Bahagian Pelajaran Dewasa yang telah ditubuhkan pada 1961, melalui kertas kabinet Bil.385/25/60 dengan memberi fokus utama kepada program "Pembasmian Buta Huruf".

Menjelang tahun 1977, gerakan membasmi buta huruf ini telah dipertingkatkan dengan pengenalan konsep 'Functional Literacy' oleh UNESCO sebagai satu usaha untuk menjadikan gerakan membasmi kemiskinan sebagai salah satu strategi membangunkan masyarakat luar bandar. Berikutan pelancaran "Dasar Ekonomi Baru" (1970), Bahagian ini telah ditukar namanya kepada "Bahagian Kemajuan Masyarakat" (KEMAS) dengan penekanan kepada usaha-usaha pembangunan masyarakat dalam erti kata sebenar.

Tuesday, November 15, 2011

PERJUMPAAN SEMPENA 50 TAHUN KEMAS DI PWTC



KUALA LUMPUR 14 Nov. - Sikap suka memutar belit fakta dan menabur janji-janji kosong adalah bukti kegagalan pembangkang menubuhkan sebuah kerajaan yang telus dan adil.
Itu sebahagian daripada amanat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disampaikan kepada kira-kira 6,500 kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) pada ucapan tertutup Sambutan 50 tahun Kemas, di sini, hari ini.
Pesanan beliau itu dikongsi oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal selepas perasmian majlis di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Muhyiddin berkata, keghairahan pembangkang menghakis kepercayaan rakyat kepada kerajaan melalui pelbagai tuduhan dan fakta yang diputarbelit selain dikaburkan dengan janji-janji kosong.
"Dalam isu belanjawan misalnya penyampaian kerajaan dituduh tidak betul malah mereka mengaku mampu melakukan dengan lebih baik.
"Mereka juga janjikan kerajaan yang mengamalkan sistem pemerintahan telus sedangkan apa yang berlaku di Selangor dan Kedah terbukti sebaliknya," katanya.
Turut hadir pada majlis itu kedua-dua Timbalan Menteri di kementerian itu, Datuk Hasan Malek dan Datuk Joseph Entulu Belaun serta Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Ibrahim Muhamad.
Muhyiddin berkata, pendekatan tipu helah yang diamalkan pembangkang itu tidak akan diikuti kerana kerajaan berkhidmat atas kemampuan sebenar dan bukan sekadar menabur harapan palsu kepada rakyat.
Sehubungan itu beliau menyeru orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh dengan tuduhan yang diputarbelit pembangkang kerana ia hanya membawa kepada perpecahan rakyat negara ini.
Sempena sambutan itu, Muhyiddin turut mengiktiraf sumbangan Kemas dalam membangunkan sistem pendidikan negara dan pelbagai aspek penting lain seperti sosial dan ekonomi khususnya di kalangan masyarakat luar bandar.
Sementara itu, Mohd. Shafie berkata, kepakaran dan tahap penyampaian pendidikan Kemas akan terus dipertingkatkan.
"Kebanyakan guru-guru Kemas pada hari ini terdiri daripada mereka yang berkelulusan diploma jadi kita akan terus tingkatkan lagi ke peringkat ijazah," katanya.

Sunday, September 18, 2011

MAJLIS MERDEKA RAYA AIDILFITRI KEMAS KAWASAN BAYAN BARU - 17.9.2011



















Kemas Kawasan Bayan Baru mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua tetamu yang sudi hadir ke Majlis Merdeka Raya Aidilfitri 2011...

Thursday, August 18, 2011

MAJLIS BERBUKA PUASA KAKITANGAN KEMAS BAYAN BARU








PROGRAM SUMBANGAN HARI RAYA SEMPENA GEMA RAMADHAN











Alhamdulillah program Sumbangan Hari Raya Sempena Gema Ramadhan telah selesai dijalankan pada 17/8/2011 ( Rabu ) bertempat di Balairaya Sungai Ara. Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat terutama pemberi-pemberi sumbangan. Semoga dengan bantuan yang diberikan dapat meringankan beban mereka yang menerima sumbangan.

Friday, August 12, 2011

PERTANDINGAN 3 K

Kepada semua Tabika Kemas di Kawasan Bayan Baru , Pemantauan 3k sedang dijalankan bermula dari 10.Ogos.2011 hingga 23.Ogos.2011 . SELAMAT MAJU JAYA

Tuesday, May 24, 2011

TEMASYA SUKAN TABIKA KEMAS KAWASAN BAYAN BARUTEMASYA SUKAN - DIADAKAN PADA 22.MEI.2011 BERTEMPAT DI STADIUM SINTETIK USM


VVIP TURUT BERSAMA-SAMA DALAM SENAMAN RAKYAT


UCAPAN PENYELIA KANAN KEMAS BAYAN BARU - EN ROSLAN MOHAMED



BANNER TEMASYA SUKAN





BARISAN TETAMU DAN PENGERUSI TABIKA YANG HADIR



KAUNTER DAFTAR PEMILIH