PENGENALAN

Jabatan Kemajuan Masyarakat atau lebih sinonim dikalangan khalayak umum sebagai KEMAS adalah lanjutan dari Bahagian Pelajaran Dewasa yang telah ditubuhkan pada 1961, melalui kertas kabinet Bil.385/25/60 dengan memberi fokus utama kepada program "Pembasmian Buta Huruf".

Menjelang tahun 1977, gerakan membasmi buta huruf ini telah dipertingkatkan dengan pengenalan konsep 'Functional Literacy' oleh UNESCO sebagai satu usaha untuk menjadikan gerakan membasmi kemiskinan sebagai salah satu strategi membangunkan masyarakat luar bandar. Berikutan pelancaran "Dasar Ekonomi Baru" (1970), Bahagian ini telah ditukar namanya kepada "Bahagian Kemajuan Masyarakat" (KEMAS) dengan penekanan kepada usaha-usaha pembangunan masyarakat dalam erti kata sebenar.

Friday, July 24, 2009

PROJEK MUHIBAH INTERGRASI DESA - PUTRA











Antara gambar Projek PUTRA...



Bas akan bertolak pada pukul 8.00 pagi 24hb.Julai 2009, sarapan pagi disediakan di Restoran Kassim Mustaffa Bayan Baru.....



Peserta bergambar kenangan sebelum bertolak ke Kg Seri Tanjung Alor Gajah Melaka, Turut hadir untuk mengucapkan selamat jalan Mr Wong Mun Hoe Pengerusi Gerakan Bahagian Bayan Baru & Pengerusi MCA Bahagian Bayang Baru Mr Tan Lai Theng...


Peserta mendengar sedikit taklimat daripada En Roslan Bin Mohamed sebelum memulakan perjalanan, seramai 80 orang peserta termasuk tiga orang pegawai KEMAS mengikuti lawatan ini..



Wartawan dari Skuad Cakna Sinar Harian , Cik Nadia sedang menemubual En Roslan Bin Mohamed dan Mr Wong Mun Hoe. Terima kasih kepada Cik Nadia...

No comments: