PENGENALAN

Jabatan Kemajuan Masyarakat atau lebih sinonim dikalangan khalayak umum sebagai KEMAS adalah lanjutan dari Bahagian Pelajaran Dewasa yang telah ditubuhkan pada 1961, melalui kertas kabinet Bil.385/25/60 dengan memberi fokus utama kepada program "Pembasmian Buta Huruf".

Menjelang tahun 1977, gerakan membasmi buta huruf ini telah dipertingkatkan dengan pengenalan konsep 'Functional Literacy' oleh UNESCO sebagai satu usaha untuk menjadikan gerakan membasmi kemiskinan sebagai salah satu strategi membangunkan masyarakat luar bandar. Berikutan pelancaran "Dasar Ekonomi Baru" (1970), Bahagian ini telah ditukar namanya kepada "Bahagian Kemajuan Masyarakat" (KEMAS) dengan penekanan kepada usaha-usaha pembangunan masyarakat dalam erti kata sebenar.

Thursday, December 18, 2008

JEJAK MISKIN TEGAR..

Dalam kehidupan seharian kita...pastinya kita lupa dan alpa bahawa ada dikalangan kita yang tidak berpeluang merasai nikmat hidup, kesenangan , keselesaan dan kebahagian seperti mana yang kita rasai.... KEMAS Kawasan Bayan Baru menjejak dan mendapatkan maklumat beberapa warga emas yang hidup didalam kedaifan dan amat memerlukan bantuan...... semoga paparan ini dapat menjadikan pengajaran kepada kita bahawa,


" DALAM KEMEWAHAN KITA PADA HARI INI , JANGAN LUPA MASIH ADA YANG DAIF DAN MEMERLUKAN...."

di sini saya paparkar hasil laporan beberapa orang petugas KEMAS di DUN Pantai Jerejak ....

Petugas KEMAS Bayan Baru mendapatkan maklumat terlebih dahulu
daripada penduduk kampung sebelum memulakan perjalanan di sekitar kampung

Menyentuh hati....
seorang warga emas yang menumpang hidup di sebuah rumah yang sangat daif....

"Sunyi.....tiada siapa yang peduli ", mungkin itu yang difikirkan oleh warga emas ini...


Sepasang suami isteri terpaksa hidup serba kekurangan, suami menghadapi masalah penglihatan dan beberapa hari sebelumnya telah terlibat dengan kejadian langgar lari.
Keadaan rumah yang tidak selesa, mereka terpaksa meneruskan kehidupan selagi termampu....

No comments: