PENGENALAN

Jabatan Kemajuan Masyarakat atau lebih sinonim dikalangan khalayak umum sebagai KEMAS adalah lanjutan dari Bahagian Pelajaran Dewasa yang telah ditubuhkan pada 1961, melalui kertas kabinet Bil.385/25/60 dengan memberi fokus utama kepada program "Pembasmian Buta Huruf".

Menjelang tahun 1977, gerakan membasmi buta huruf ini telah dipertingkatkan dengan pengenalan konsep 'Functional Literacy' oleh UNESCO sebagai satu usaha untuk menjadikan gerakan membasmi kemiskinan sebagai salah satu strategi membangunkan masyarakat luar bandar. Berikutan pelancaran "Dasar Ekonomi Baru" (1970), Bahagian ini telah ditukar namanya kepada "Bahagian Kemajuan Masyarakat" (KEMAS) dengan penekanan kepada usaha-usaha pembangunan masyarakat dalam erti kata sebenar.

Monday, December 8, 2008

PROGRAM KEMERDEKAAN KEMAS BAYAN BARU

Pelbagai acara menarik diadakan bagi menyambut ulangtahun kemerdekaan pada setiap tahun. Tidak ketinggalan KEMAS BAYAN BARU yang telah mengadakan sambutan kemerdekaan pada setiap tahun..antara aktiviti dan program yang telah kami adalah melibatkan semua golongan. Antara yang diadakan adalah seperti Gotong Royong,pertandingan mewarna untuk kanak-kanak tabika,kenduri rakyat, Ceramah Agama, pemerisaan kesihatan, kaunter daftar pemilih,pertandingan ratu kebaya, pertandingan karaoke, sumbangan dan penghargaan kepada golongan yang berjasa, tayangan filem kemerdekaan dan beberapa acara istimewa seperti kehadiran beberapa artis veteran dan tembakan bunga api.




























No comments: