PENGENALAN

Jabatan Kemajuan Masyarakat atau lebih sinonim dikalangan khalayak umum sebagai KEMAS adalah lanjutan dari Bahagian Pelajaran Dewasa yang telah ditubuhkan pada 1961, melalui kertas kabinet Bil.385/25/60 dengan memberi fokus utama kepada program "Pembasmian Buta Huruf".

Menjelang tahun 1977, gerakan membasmi buta huruf ini telah dipertingkatkan dengan pengenalan konsep 'Functional Literacy' oleh UNESCO sebagai satu usaha untuk menjadikan gerakan membasmi kemiskinan sebagai salah satu strategi membangunkan masyarakat luar bandar. Berikutan pelancaran "Dasar Ekonomi Baru" (1970), Bahagian ini telah ditukar namanya kepada "Bahagian Kemajuan Masyarakat" (KEMAS) dengan penekanan kepada usaha-usaha pembangunan masyarakat dalam erti kata sebenar.

Monday, August 17, 2009

BENGKEL TABIKA


Pada bengkel tabika minggu ini, seramai 4 orang kakitangan baru telah memperkenalkan diri masing-masing dan mereka kini ditempatkan di Tabika.

Sunday, August 16, 2009

BENGKEL PROFESIONALISME PM KEMAS



Alhamdulillah bengkel dah selesai dijalankan... thanks untuk semua yg terlibat. Kak Nor dengan penuh semangat berkongsi pengalaman masa jadi PM dulu...

Friday, August 14, 2009

BENGKEL PROFESIONALISMA

Pada 15 hb Ogos 2009 diadakan bengkel profesionalisma kepada PM.... bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Kemajuan Masyarakat ( KEMAS ) Kawasan Bayan Baru bermula jam 8.45 pagi hingga 2.00 petang...

Semoga kita mendapat imput yang baik daripada bengkel yang diadakan..
SELAMAT MAJU JAYA...