PENGENALAN

Jabatan Kemajuan Masyarakat atau lebih sinonim dikalangan khalayak umum sebagai KEMAS adalah lanjutan dari Bahagian Pelajaran Dewasa yang telah ditubuhkan pada 1961, melalui kertas kabinet Bil.385/25/60 dengan memberi fokus utama kepada program "Pembasmian Buta Huruf".

Menjelang tahun 1977, gerakan membasmi buta huruf ini telah dipertingkatkan dengan pengenalan konsep 'Functional Literacy' oleh UNESCO sebagai satu usaha untuk menjadikan gerakan membasmi kemiskinan sebagai salah satu strategi membangunkan masyarakat luar bandar. Berikutan pelancaran "Dasar Ekonomi Baru" (1970), Bahagian ini telah ditukar namanya kepada "Bahagian Kemajuan Masyarakat" (KEMAS) dengan penekanan kepada usaha-usaha pembangunan masyarakat dalam erti kata sebenar.

Thursday, September 24, 2009

Majlis Gema Ramadhan & Penyampaian Sumbangan Sempena Aidilfitri


Sumbangan duit raya & beras...


Turut hadir Tuan Ir Mansor Musa ( Timb Ketua UMNO Bahagian ) , Tn Hj Abdullah Shariff ( Penyelia Kanan Bina Insan KEMAS P.Pinang , Wakil daripada Tabung Haji...




Seramai 93 orang hadir untuk menerima bantuan pada program tersebut.

SEMOGA USAHA INI DAPAT MEMBANTU MEREKA YANG KURANG BERKEMAMPUAN... INSYALLAH...

Wednesday, September 16, 2009

PROGRAM GEMA RAMADHAN


Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri KEMAS Bayan Baru akan menyampaikan Sumbangan Kepada dan Zakat Kepada lebih kurang 80 orang miskin yang disenaraikan di kawasan Bayan Baru.. Semoga usaha ini dapat membantu meringankan bebanan mereka sempena Syawal yang bakal tiba... INSYALLAH..

Saturday, September 12, 2009

Lawatan Kesatuan Keluarga KEMAS & Badan Kebajikan KEMAS Negeri Pulau Pinang ke rumah Arwah Siti Rokamah Bt Yassin yang telah kembali ke Rahmatullah.


Semua PM & Kakitangan KEMAS Bayan Baru berkumpul di Rumah Arwah Puan Siti Rokamah untuk menunggu kedatangan Wakil Kesatuan KEMAS & Badan Kebajikan KEMAS Pulau Pinang


En Ramlan meyampaikan sedikit ucapan dan diikuti sumbangan oleh Pengerusi Kesatuan Kakitangan KEMAS Tuan Hj Ismadi kepada En Kapi ( Suami kepada Arwah Puan Siti Rokamah )



Turut hadir Puan Shima, Pengerusi Badan Kebajikan KEMAS Pulau Pinang, anak-anak Arwah Puan Siti Rokamah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua kerana mengambil berat mengenai keperluan mereka sempena Aidilfitri...

Jutaan Terima Kasih kepada yang memberi sumbangan... Al - Fatihah....