PENGENALAN

Jabatan Kemajuan Masyarakat atau lebih sinonim dikalangan khalayak umum sebagai KEMAS adalah lanjutan dari Bahagian Pelajaran Dewasa yang telah ditubuhkan pada 1961, melalui kertas kabinet Bil.385/25/60 dengan memberi fokus utama kepada program "Pembasmian Buta Huruf".

Menjelang tahun 1977, gerakan membasmi buta huruf ini telah dipertingkatkan dengan pengenalan konsep 'Functional Literacy' oleh UNESCO sebagai satu usaha untuk menjadikan gerakan membasmi kemiskinan sebagai salah satu strategi membangunkan masyarakat luar bandar. Berikutan pelancaran "Dasar Ekonomi Baru" (1970), Bahagian ini telah ditukar namanya kepada "Bahagian Kemajuan Masyarakat" (KEMAS) dengan penekanan kepada usaha-usaha pembangunan masyarakat dalam erti kata sebenar.

Tuesday, May 12, 2009

Tabika Kemas sedia pendidikan berkualiti

3 Mei - Ibu bapa di kawasan luar bandar digesa memulakan pendidikan prasekolah anak mereka di tabika Kemas yang terbukti mampu menyediakan asas pendidikan yang berkualiti, setaraf dengan tabika swasta.Penasihat Kementerian Kemajuan Luar Bandar Bandar dan Wilayah, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, kewujudan tabika Kemas sejak 1970-an berjaya membantu kecemerlangan kanak-kanak prasekolah sebelum mereka melangkah ke alam persekolahan sebenar.Katanya, tabika Kemas sudah melalui evolusi tersendiri melalui penyediaan tenaga pengajar berpengalaman bagi memberi pendidikan asas seperti mengenal huruf, angka, membaca, mengira dan mewarna."Malah, kita lihat potensi dan keupayaan kanak-kanak tabika Kemas cukup terserlah sebaik mereka menempuh alam persekolahan yang sebenar."Ini menggambarkan kewujudan tabika Kemas sejak lebih empat dekad berjaya melahirkan insan yang berkualiti terutama di kawasan luar bandar," katanya selepas merasmikan Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika Kemas 2009 di sini hari ini.Turut hadir Pegawai Kemas daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Shamsul Izrin Ishak.
Utusan Malaysia