PENGENALAN

Jabatan Kemajuan Masyarakat atau lebih sinonim dikalangan khalayak umum sebagai KEMAS adalah lanjutan dari Bahagian Pelajaran Dewasa yang telah ditubuhkan pada 1961, melalui kertas kabinet Bil.385/25/60 dengan memberi fokus utama kepada program "Pembasmian Buta Huruf".

Menjelang tahun 1977, gerakan membasmi buta huruf ini telah dipertingkatkan dengan pengenalan konsep 'Functional Literacy' oleh UNESCO sebagai satu usaha untuk menjadikan gerakan membasmi kemiskinan sebagai salah satu strategi membangunkan masyarakat luar bandar. Berikutan pelancaran "Dasar Ekonomi Baru" (1970), Bahagian ini telah ditukar namanya kepada "Bahagian Kemajuan Masyarakat" (KEMAS) dengan penekanan kepada usaha-usaha pembangunan masyarakat dalam erti kata sebenar.

Thursday, October 15, 2009

DAFTAR TABIKA KEMAS...

PENDAFTARAN KE TABIKA KEMAS KINI DIBUKA

Moto : Ceria, Cerdik, Cergas

Maklumat :

i. Guru yang terlatih dan berpengalaman

•Kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun. (Keutamaan diberi kepada kanak-kanak yang mendaftar awal)
•Menggunakan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
•Pendidikan Interaktif :
•Bahasa dan Komunikasi
•Bahasa Melayu
•Bahasa Inggeris
•Perkembangan Kognitif
•Kerohanian dan Moral
•Pendidikan Islam
•Pendidikan Moral
•Perkembangan Sosioemosi
•Perkembangan Fizikal
•Kreativiti dan Estetika
•Program Keibubapaan
•Program Pengukuhan dan Pengkayaan
•Ko-Kurilulum
•Sukan/Bakat
•Belajar Muzik
•Mengaji
•Lawatan sambil belajar
•Disediakan:
◦Buku Aktiviti kepada Semua Kanak-kanak
◦Pakaian Seragam, Pakaian Sukan dan Beg ( bagi yang layak)
◦Makanan Tambahan Berkhasiat
Pendaftaran : Jun hingga November

Sila Hubungi : TABIKA KEMAS berhampiran

Borang : Dapatkan Borang Pendaftaran di TABIKA KEMAS yang berhampiran