PENGENALAN

Jabatan Kemajuan Masyarakat atau lebih sinonim dikalangan khalayak umum sebagai KEMAS adalah lanjutan dari Bahagian Pelajaran Dewasa yang telah ditubuhkan pada 1961, melalui kertas kabinet Bil.385/25/60 dengan memberi fokus utama kepada program "Pembasmian Buta Huruf".

Menjelang tahun 1977, gerakan membasmi buta huruf ini telah dipertingkatkan dengan pengenalan konsep 'Functional Literacy' oleh UNESCO sebagai satu usaha untuk menjadikan gerakan membasmi kemiskinan sebagai salah satu strategi membangunkan masyarakat luar bandar. Berikutan pelancaran "Dasar Ekonomi Baru" (1970), Bahagian ini telah ditukar namanya kepada "Bahagian Kemajuan Masyarakat" (KEMAS) dengan penekanan kepada usaha-usaha pembangunan masyarakat dalam erti kata sebenar.

Monday, September 20, 2010

Majlis Gema Ramadhan Sempena Aidilfitri 2010

MAJLIS SUMBANGAN DI DUN BATU UBAN













MAJLIS SUMBANGAN DI DUN PANTAI JEREJAK








MAJLIS SUMBANGAN DI DUN BATU MAUNG
( dalam proses )

Monday, March 15, 2010

PROGRAM PENGHAYATAN RUKUN NEGARA & KONSEP 1 MALAYSIA

HARI KEDUA
14.MAC.2010 ( KOMPLEKS TABUNG HAJI )



CERAMAH DISAMPAIKAN OLEH EN YUSOF BIN CHE MAT DARI JABATAN PENERANGAN


PESERTA MENUMPUKAN SEPENUH PERHATIAN



GOLONGAN REMAJA JUGA MENJADI KUMPULAN SASAR KEPADA PROGRAM INI


TURUT HADIR EN AZRIN ( PEGAWAI KEMAS DAERAH BARAT DAYA )



PROGRAM PENGHAYATAN RUKUN NEGARA & KONSEP 1 MALAYSIA

HARI PERTAMA
13.MAC.2010 ( KOMPLEKS TABUNG HAJI )


PESERTA DIKALANGAN PELBAGAI PERINGKAT USIA


ANTARA PESERTA YANG HADIR


TAYANGAN VIDEO RENTETAN PERJUANGAN BANGSA


UCAPAN ALUAN OLEH PENYELIA KANAN KAWASAN ( EN ROSLAN B MOHAMED )
PROGRAM INI TELAH DIRASMIKAN OLEH YBHG DATO' ABDUL RAHIM SAIBU ( KETUA UMNO BAHAGIAN BAYAN BARU )

Wednesday, March 10, 2010

RENUNGAN BERSAMA

SIFAT-SIFAT PEMIMPIN
1. BERLAPANG DADA
2. PEMAAF
3. AMALKAN PRINSIP SYURA “ MESYUARAT”
وشاورهم في الاْمر فاذا عزمت فتوكل علي الله 4. SABAR DAN TABAH
5.TEGAS DAN DIPLOMASI
6. KEADILAN DAN PERSAMAAN .
العدالة والمساواة . 7. PERIBADI DAN WATAK YANG SEMPURNA



Tuesday, March 2, 2010

KEBAKARAN DI KAMPUNG SUNGAI NIBONG KECHIL MK 12


Pengerusi JKKKP & GDW Sungai Nibong Kechil Mk 12 melawat tapak kebakaran


Antara AJK yang membantu mangsa-mangsa kebakaran



Anggota RELA memotong pokok yang terbakar di belakang Tabika KEMAS Jln Mahsuri


Antara rumah yang terbakar dalam kebakaran...






Thursday, February 25, 2010

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUL RASUL



Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Wednesday, February 24, 2010

KURSUS ADOBE FLASH CS4


Sessi bergambar selepas sessi Penyampaian Sijil


Ucapan Perasmian Penutup oleh Puan Norjadilah ( Penyelia BPM KEMAS Bayan Baru )



Tenaga Pengajar daripada New Horizons Computer Learning Centers iaitu Miss Joyce


Miss Joyse dalam sessi pembelajaran Adobe Flash CS4




KEMAS Negeri Pulau , dengan kerjasama KEMAS Kawasan Bayan Baru ( unit BPM dibawah Program Pusat Literasi Komputer Permatang Damar Laut ) telah berjaya melaksanakan satu program iaitu KURSUS ADOBE FLASH CS4 yang telah dihadiri oleh 20 orang peserta. Kursus ini telah diadakan selama 2hari iaitu bermula pada 23.02.2010 hingga 24.02.2010 bertempat dia PLK Permatang Damar Laut.


Tuesday, February 23, 2010

KURSUS FLASH CS4

Kursus ini diadakan di Pusat Literasi Komputer Permatang Damar Laut. Seramai 19 orang peserta terlibat.


Friday, January 22, 2010

BENGKEL PERHUBUNGAN ( JUMAAT - 22.Jan.2010 )

Hari ini diadakan bengkel unit perhubungan KEMAS Parlimen Bayan Baru. Thanks diatas kerjasama semua PM yang hadir.