PENGENALAN

Jabatan Kemajuan Masyarakat atau lebih sinonim dikalangan khalayak umum sebagai KEMAS adalah lanjutan dari Bahagian Pelajaran Dewasa yang telah ditubuhkan pada 1961, melalui kertas kabinet Bil.385/25/60 dengan memberi fokus utama kepada program "Pembasmian Buta Huruf".

Menjelang tahun 1977, gerakan membasmi buta huruf ini telah dipertingkatkan dengan pengenalan konsep 'Functional Literacy' oleh UNESCO sebagai satu usaha untuk menjadikan gerakan membasmi kemiskinan sebagai salah satu strategi membangunkan masyarakat luar bandar. Berikutan pelancaran "Dasar Ekonomi Baru" (1970), Bahagian ini telah ditukar namanya kepada "Bahagian Kemajuan Masyarakat" (KEMAS) dengan penekanan kepada usaha-usaha pembangunan masyarakat dalam erti kata sebenar.

Monday, July 6, 2009

TEMASYA SUKAN KANAK-KANAK TABIKA KEMAS KAWASAN BAYAN BARU

Temasya Sukan Tahunan KEMAS Kawasan Bayan Baru telah selesai diadakan pada 4hb Julai 2009 yang lalu bertempat di Padang Sintetik Universiti Sains Malaysia


Ketibaan Dato' Zainol Abidin Bin Osman di Padang USM .....


Disambut dengan paluan kompang diiringi Pengarah KEMAS Negeri & Penyelia Kanan Kawasan


Dimulakan dengan acara senamrobik oleh kanak-kanak Tabika





PM Tabika juga turut bersama kanak-kanak dalam acara senamrobik





Ucapan Dan Perasmian Oleh Penasihat KKLW

Ucapan oleh Tuan Haji Kamaruddin Bin Ismail, Pengarah KEMAS Negeri Pulau Pinang
Ucapan aluan oleh En Roslan Bin Mohamed, Penyelia Kanan Kawasan Bayan Baru

Belon dilepaskan tanda bermulanya Temasya Sukan KEMAS Kawasan B.Baru


Menarik Perhatian, acara melepaskan belon disaksikan oleh tetamu yang hadir

Perbarisan 20 Kontijen Tabika mewakili setiap tabika

Juga diikuti kontijen dari pengadil-pengadil untuk semua acara


Acara Futsal dipertandingkan dalam Temasya Sukan



Team bola jaring Tabika KEMAS Kawasan Bayan Baru

Acara Penyampaian Hadiah kepada pemenang...

Thursday, June 18, 2009

PROGRAM GALAKAN MEMBACA PADA 3.6.2009


Puan Siti Faridah menyampaikan hadiah pemenang pertandingan bercerita...


Cik Syazwani menyampaikan hadiah saguhati kepada peserta...


Ucapan Puan Siti Faridah mewakili En Roslan Mohamed.....


Antara peserta yang mengambil bahagian dalam program galakan membaca..


paling meriah...pertandingan berbalas pantun....
Peserta-peserta pertandingan sirah nabi...

amboi....cikgu siti, sempat lagik pose....

Pemenang tempat pertama bercerita dengan penuh gaya dan berkeyakinan...

Pertandingan mendeklamasikan sajak bertajuk Guru....


Selain itu.....pertandingan spelling turut diadakan

Tuesday, May 12, 2009

Tabika Kemas sedia pendidikan berkualiti

3 Mei - Ibu bapa di kawasan luar bandar digesa memulakan pendidikan prasekolah anak mereka di tabika Kemas yang terbukti mampu menyediakan asas pendidikan yang berkualiti, setaraf dengan tabika swasta.Penasihat Kementerian Kemajuan Luar Bandar Bandar dan Wilayah, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, kewujudan tabika Kemas sejak 1970-an berjaya membantu kecemerlangan kanak-kanak prasekolah sebelum mereka melangkah ke alam persekolahan sebenar.Katanya, tabika Kemas sudah melalui evolusi tersendiri melalui penyediaan tenaga pengajar berpengalaman bagi memberi pendidikan asas seperti mengenal huruf, angka, membaca, mengira dan mewarna."Malah, kita lihat potensi dan keupayaan kanak-kanak tabika Kemas cukup terserlah sebaik mereka menempuh alam persekolahan yang sebenar."Ini menggambarkan kewujudan tabika Kemas sejak lebih empat dekad berjaya melahirkan insan yang berkualiti terutama di kawasan luar bandar," katanya selepas merasmikan Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika Kemas 2009 di sini hari ini.Turut hadir Pegawai Kemas daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Shamsul Izrin Ishak.
Utusan Malaysia