PENGENALAN

Jabatan Kemajuan Masyarakat atau lebih sinonim dikalangan khalayak umum sebagai KEMAS adalah lanjutan dari Bahagian Pelajaran Dewasa yang telah ditubuhkan pada 1961, melalui kertas kabinet Bil.385/25/60 dengan memberi fokus utama kepada program "Pembasmian Buta Huruf".

Menjelang tahun 1977, gerakan membasmi buta huruf ini telah dipertingkatkan dengan pengenalan konsep 'Functional Literacy' oleh UNESCO sebagai satu usaha untuk menjadikan gerakan membasmi kemiskinan sebagai salah satu strategi membangunkan masyarakat luar bandar. Berikutan pelancaran "Dasar Ekonomi Baru" (1970), Bahagian ini telah ditukar namanya kepada "Bahagian Kemajuan Masyarakat" (KEMAS) dengan penekanan kepada usaha-usaha pembangunan masyarakat dalam erti kata sebenar.

Tuesday, December 18, 2007

SILA KLIK DI SINI

Assalamualaikum....
Terima kasih saya ucapkan kepada semua kawan-kawan semua yang sudi melayari Blog KEMAS Kawasan Bayan Baru. Saya mewakili Penyelia Kanan dan Semua Kakitangan KEMAS Kawasan memohon ribuan Kemaafan kepada semua jika ada kekurangan dan kelemahan ketika menghasilkan blog ini. Saya berharap kawan-kawan dapat memberi sedikit komen dan pandangan supaya saya dapat memperbaiki blog ini dari masa ke semasa....
Kerjasama daripada kawan-kawan semua amatlah saya harapkan....
Semoga paparan dari blog KEMAS KAWASAN BAYAN BARU ini dapat memberi sedikit pengetahuan dan isu semasa mengenai keadaan dan juga aktiviti di kawasan.
Sekian....
DARIPADA Moderator.....
MEL
Penyelia Pembangunan Desa & Perhubungan DUN Pantai Jerejak
KEMAS Kawasan Bayan Baru Pulau Pinang


Sunday, December 9, 2007

Scrolls for 314 Kemas kindy pupils


Deputy Culture, Arts and Heritage Minister Datuk Wong Kam Hoong (left) and Bayan Baru Kemas Activity Committee chairman Roslan Mohamed (right) helping the Tabika Kemas graduates to adjust their robes.
A TOTAL of 314 pupils from 19 Kemas kindergartens in the Bayan Baru constituency received their scrolls from Bayan Baru MP Datuk Wong Kam Hoong.


Also present at the graduation ceremony held at Vistana Hotel in Penang recently were Penang Kemas deputy director Linda Hamzah and Bayan Baru Kemas Activity Committee chairman Roslan Mohamed.

In his speech, Wong, who is Deputy Culture, Arts and Heritage Minister, said parents are the best educators and as such the upbringing of their children depends largely on them.

He said what their children turn out to be later in life rests a lot on the guidance of parents.

“Leaders of the various societies should also help in moulding the younger generation to become responsible citizens,” he said.

Friday, March 2, 2007

KURSUS JAHITAN , KURSUS KOMPUTER, PUSAT SUMBER


kalau ader sesiapa yang berminat sila klik pada gambar untuk dapatkan maklumat pakej yang ditawarkan...jangan ketinggalan...rugi nanti......


Monday, January 1, 2007

Direktori KEMAS

P.041
KEPALA BATAS
Pejabat KEMAS kaw. Kepala Batas, Jalan Paya Keladi, 13200 Kepala Batas. SPU.
Tel : 04-5751652
En. Mohd Roslan Bin Haji Shuib

P.042
TASEK GELUGOR
Pejabat KEMAS Kaw. Tasek Gelugor, Jalan Pokok Machang, 13300 Tasek Gelugor, SPU.
Tel : 04-5735408
Pn. Azizah Binti Mohamed

P.043
BAGAN
Pejabat KEMAS Kaw. Bagan, Bangunan JKR 23, Jalan ST.Mark,12000 Butterworth.
Tel : 04-3317885
Pn. Norsima Binti Hasan

P.044
PERMATANG PAUH
Pejabat KEMAS Kaw.Permatang Pauh, Tapak Ekspo Pertanian, Jalan Jelawat, 13700 Seberang Jaya,
Tel : 04-3991000
Puan Ramnah Binti Ali

P.045
BUKIT MERTAJAM
Pejabat KEMAS Kaw. Bukit Mertajam, No.1336 Jalan Tan Sai Gin, 14000 Bukit Mertajam, SPT
Tel : 04-5374039
En. Ramelan @ Ramlan Bin Ishak

P.046
BATU KAWAN
Pejabat KEMAS Kaw. Batu Kawan, Aras 1, Kompleks Sempilai Jaya, Jalan Sempilai, 13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Tel : 04-3992244
En.Yusof Bin Haji Din

P.047
NIBONG TEBAL
Pejabat KEMAS Kaw.Nibong Tebal, Tingkat 3, Blok A, Kompleks Kerajaan, 14200 Sungai Jawi, SPS
Tel : 04-5820052
Cik Sopiah Binti Shariff

P.048
BUKIT BENDERA
Pejabat KEMAS Kaw. Bukit Bendera, No.552, Jalan Air Itam, 11400 Daerah Timur Laut, Pulau Pinang.
Tel : 04-8281664
Tn. Haji Ismadi Bin Abu Bakar

P.050
JELUTONG/ TANJONG
Pejabat KEMAS Kaw. Jelutong / Tanjong, Wisma Cheong, No.28, Lebuh Cina, 10200 Pulau Pinang.
Tel : 04-2616112
En Muhammadian Bin Mustaffa

P.051
BUKIT GELLUGOR
Pejabat KEMAS Kaw. Bukit Gelugor, d/a Pejabat KEMAS Kaw. Bukit Bendera, No.552, Jalan Air Itam,11400 Daerah Timur Laut, Pulau Pinang.
Tel : 04-6561124
Cik. Julailah Binti Md. Munir

P.052
BAYAN BARU
Pejabat KEMAS Kaw. Bayan Baru, Jalan Sultan Azlan Shah, Sungai Nibong Besar, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Tel : 04-6446123
En. Roslan Bin Mohamed

P.053
BALIK PULAU
Pejabat KEMAS Kaw. Balik Pulau, Mukim M, Jalan Sungai Burung, 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang.
Tel : 04-8664235
En Jamal Bin Fadzil

Lagu Kemas

Falsafah , VISI & MISI

FALSAFAH
Falsafah Pembangunan Luar Bandar ialah peningkatan kualiti hidup penduduk luar bandar melalui program-program dan usaha menjadikan kawasan luar bandar satu kawasan yang produktif, menarik, maju dan menguntungkan. Ianya harus seimbang dengan pembangunan insan yang dinamis, meningkatkan pengetahuan dan kemahiran di kalangan kumpulan sasar untuk menggunakan faktor masa, sumber alam dan pengetahuan ke tahap optima. Dengan demikian, pembangunan ekonomi dan kesejahteraan hidup keluarga sentiasa cemerlang dan dalam keredhaan Tuhan. Dari dimensi ini falsafah pembangunan luar bandar akan memberi fokus kepada pembangunan manusia oleh manusia. Instrumen pembangunan manusia adalah pendidikan seumur hidup.
TERAS FALSAFAH
Berasaskan pembangunan manusia itu sendiri, kerana manusia akan dapat menggunakan faktor masa dan sumber ke tahap paling optima supaya kadar pembangunan ekonomi dan kesejahteraan hidup keluarganya sentiasa dalam tahap kecemerlangan.
VISI
Menjadikan KEMAS sebuah organisasi yang berwibawa dalam pembangunan masyarakat
MISI
-Memberikan perkhidmatan yang cemerlang melalui penggunaan dan pengurusan sumber secara optima
-Memperkukuhkan sikap positif dan mengamalkan nilai-nilai murni di kalangan anggota KEMAS dan masyarakat desa ke arah pembangunan yang lebih seimbang
-Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta penguasaan teknologi terkini supaya masyarakat desa bijak menguruskan sumber ke tahap optima.

Objektif


-Melahirkan masyarakat yang berilmu, berdaya tahan dan memiliki nilai-nilai murni sehingga mampu menghadapi saingan dan cabaran bagi menjadikan kawasan luar bandar maju, menarik dan menguntungkan;
-Meningkatkan perkembangan sosio-ekonomi, fizikal, intelek dan rohani serta memberi kemahiran 3M kepada kanak-kanak (berumur 4-6 tahun) melalui pendidikan prasekolah;
-Menentukan perancangan dan pelaksanaan program dan aktiviti melibatkan penyertaan menyeluruh ahli masyarakat (peserta, ibubapa dan pimpinan tempatan); dan
-Meningkatkan kualiti dan produktiviti kakitangan melalui kursus dan latihan dengan menggalakkan perubahan sikap dan pemakaian kaedah baru di dalam semua program dan aktiviti KEMAS.

Peranan

-Mengubah sikap dan menyemai nilai murni di kalangan masyarakat untuk membina satu masyarakat yang maju, berdaya saing dan berdikari;
-Mewujudkan inisiatif dan perasaan tanggungjawab setiap anggota masyarakat dalam pembangunan sosial, ekonomi dan politik;
-Melibatkan penyertaan rakyat secara aktif dalam menjayakan matlamat kerajaan dan negara
-Mengeratkan hubungan kerajaan dan rakyat di samping mendapatkan sokongan mereka (rakyat) terhadap usaha-usaha pembangunan negara.

Strategi

-Menumpukan Pembangunan Manusia sebagai teras dalam Pembangunan Masyarakat Luar Bandar.
-Memperlengkapkan minda melalui pendidikan dan kemahiran mengikut tuntutan semasa.
-Penglibatan secara langsung dan bersepadu dengan lain-lain Agensi Kerajaan, Swasta, Institusi Masyarakat dan orang perseorangan dalam usaha membangun Masyarakat Luar Bandar.
-Merangsang kumpulan sasar mencetus idea untuk merancang program-program pembangunan

LATAR BELAKANG KEMAS

Latar Belakang Jabatan Kemajuan Masyarakat atau lebih sinonim dikalangan khalayak umum sebagai KEMAS adalah lanjutan dari Bahagian Pelajaran Dewasa yang telah ditubuhkan pada 1961, melalui kertas kabinet Bil.385/25/60 dengan memberi fokus utama kepada program “Pembasmian Buta Huruf”. Menjelang tahun 1977, gerakan membasmi buta huruf ini telah dipertingkatkan dengan pengenalan konsep 'Functional Literacy' oleh UNESCO sebagai satu usaha untuk menjadikan gerakan membasmi kemiskinan sebagai salah satu strategi membangunkan masyarakat luar bandar.Berikutan pelancaran “ Dasar Ekonomi Baru ” (1970), Bahagian ini telah ditukar namanya kepada “Bahagian Kemajuan Masyarakat” (KEMAS) dengan penekanan kepada usaha-usaha pembangunan masyarakat dalam erti kata sebenar.