LIM KIT SIANG KENA BAMBU
Lim Kit Siang (DAP - Ipoh Barat) dan beberapa orang wakil pembangkang di belasah teruk oleh Menteri Pelancongan, YB Dato’ Sri Azalina Othman Said semasa seisi penggulungan di Dewan Rakyat semalam. Walaupun pada mulanya Azalina diasak bertali arus dengan pelbagai soalan berkaitan ‘Skandal Pampena’ namun semuanya berjaya ditangkis oleh Azalina dengan jawapannya yang padat dan ringkas.
Antara isu yang dibangkitkan semalam ialah berkenaan satu artikel yang di keluarkan oleh akhbar The Sun berhubung pembelian barangan antik oleh Azalina yang dibayar dengan mengunakan peruntukkan kementerian yang kemudianya di hadiahkan kepada Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Soalan yang dikemukakan oleh Kit Siang itu kemudiannya dibidas oleh Azalina dengan menjelaskan bahawasanya urusan pembelian dan pembayaran itu sebenarnya di buat oleh sebuah syarikat korporat yang kemudiannya diserahkan kepada Perdana Menteri sebagai cenderahati kerana sudi merasmikan majlis perasmian Zoom di ibukota tidak beberapa lama dahulu.
Azalina kemudiannya menegaskan pembelian barang antik tersebut sebenarnya langsung tidak melibatkan peruntukkan kerajaan seperti yang didakwa. Tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan, Kit Siang sekali lagi bangun meminta penjelasan berhubung perkara yang sama. Namun Azalina berjaya mematikan hujah yang diberikan.
“YB (merujuk kepada Kit Sinag) tanya, saya dah jawab, takkan nak tanya soalan yang sama berulang kali, apa yang susah sangat YB nak faham. Takkan itupun YB tak boleh nak faham” kata Azalina.
Azalina juga mencabar Kit Siang untuk membuat laporan polis sekiranya masih meragui dengan jawapan yang diberikan. Sejurus selepas itu, Kit Siang sekali lagi ditempelak oleh Azalina kerana suka dan gemar membuat tuduhan melulu. Kit Siang juga digesa untuk mengemukan bukti seperti resit pembelian seandainya masih meragui dengan jaapan yang diberi.
“Masalah dengan YB ialah suka melatah bila dengar khabar angin, kalau betul, mana resitnya, mana buktinya, kalau masih tak nak percaya pergilah tanya dengan tuan kedai tu. Siapa yang beli, siapa yang bayar”.
Jawapan yang diberikan oleh Azalina itu akhirnya membuatkan Kit Siang terkedu seketika. Sebagai tanda menutup malu Fong Po Kuan (DAP - Batu Gajah) lantas bangkit untuk mengalihkan perhatian dewan dengan bertanya soalan tambahan. Kui Lam cuba mempersoalkan kewajaran Perdana Menteri menerima cenderahati tersebut.
Namun sebelum Azalina sempat memberikan jawapan, Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) lantas bangkit mempersoalkan kembali tindakan yang dilakukan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang menerima pemberian tajaan dari sebuah syarikat swasta dengan menghantar wakil rakyatnya bercuti ke luar negara suatu ketika dahulu.
Tambah membuatkan mereka (pembangkang) terkedu, apabila Azalina secara sinis menyindir mereka apabila bercuti ke luar negara beramai-ramai atas alasan untuk menganjurkan kejohanan tenis, namun sehingga ke hari ini isu tersebut diam begitu sahaja.
“Masalah pembangkang ialah, lebih sudu dari kuah, cakap sahaja lebih hasilnya entah kemana.. tak sampai 6 bulan memerintah negeri (Pulau Pinang), macam-macam ‘hanky pangky’ yang dibuatnya” katanya menutup perbahasan.
No comments:
Post a Comment