PENGENALAN

Jabatan Kemajuan Masyarakat atau lebih sinonim dikalangan khalayak umum sebagai KEMAS adalah lanjutan dari Bahagian Pelajaran Dewasa yang telah ditubuhkan pada 1961, melalui kertas kabinet Bil.385/25/60 dengan memberi fokus utama kepada program "Pembasmian Buta Huruf".

Menjelang tahun 1977, gerakan membasmi buta huruf ini telah dipertingkatkan dengan pengenalan konsep 'Functional Literacy' oleh UNESCO sebagai satu usaha untuk menjadikan gerakan membasmi kemiskinan sebagai salah satu strategi membangunkan masyarakat luar bandar. Berikutan pelancaran "Dasar Ekonomi Baru" (1970), Bahagian ini telah ditukar namanya kepada "Bahagian Kemajuan Masyarakat" (KEMAS) dengan penekanan kepada usaha-usaha pembangunan masyarakat dalam erti kata sebenar.

Wednesday, December 10, 2008

TERIMA KASIH GDW PENGKALAN PANDAN , KEMAMAN TERENGGANU

warga Bayan Baru mengucapkan jutaan terima kasih kepada warga kampung GDW Pengkalan Pandan , KEMAMAN Terengganu yang telah datang ke Negeri Pulau Pinang dan melawat di sekitar Pulau Pinang khususnya di Kawasan Bayan Baru pada 27-29 November 2008 yang lalu.
Rombongan seramai 80 orang ini adalah satu kunjugan kali pertama mereka dan di samping itu ingin menjalinkan persahabatan antara dua buah negeri. Kami mewakili pihak UMNO Cawangan dan penduduk di sekitar Bayan Baru mengucapkan Terima Kasih kepada Ybhg Dato' Abdul Rahim Saibu Ketua UMNO Bahagian Bayan Baru & Ybhg Tuan Ir Mansor Bin Musa, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bayan Baru kerana sudi melapangkan masa menyambut dan meraikan rombongan dari Kemaman Terengganu ini. KEMAS Bayan Baru mengucapkan tahniah & juga berterima kasih kepada UMNO Cawangan / JKKP / GDW Sungai Tiram kerana telah mengadakan majlis jamuan makan malam bagi meraikan kawan-kawan dari Kg Pengkalan Pandan secara tidak langsung ia menjadi satu program yg meriah untuk masyarakat kampung... Syabas.........

kat sini ada beberapa gambar kenangan orang BAYAN BARU + orang KEMAMAN....

Rombongan di Sambut oleh Jawatankuasa UMNO Cawangan Sg Tiram / GDW / JKKKP

Pengerusi Kg Pengkalan Pandan , En Satti menyampaikan sedikit ucapan


Jamuan Makan.....makanan penang.................

Penerangan mengenai kejayaan dan pencapaian kampung mereka

mereka dihiburkan dengan tayangan slide persembahan boria & aktiviti di Bayan Baru

No comments: