PENGENALAN

Jabatan Kemajuan Masyarakat atau lebih sinonim dikalangan khalayak umum sebagai KEMAS adalah lanjutan dari Bahagian Pelajaran Dewasa yang telah ditubuhkan pada 1961, melalui kertas kabinet Bil.385/25/60 dengan memberi fokus utama kepada program "Pembasmian Buta Huruf".

Menjelang tahun 1977, gerakan membasmi buta huruf ini telah dipertingkatkan dengan pengenalan konsep 'Functional Literacy' oleh UNESCO sebagai satu usaha untuk menjadikan gerakan membasmi kemiskinan sebagai salah satu strategi membangunkan masyarakat luar bandar. Berikutan pelancaran "Dasar Ekonomi Baru" (1970), Bahagian ini telah ditukar namanya kepada "Bahagian Kemajuan Masyarakat" (KEMAS) dengan penekanan kepada usaha-usaha pembangunan masyarakat dalam erti kata sebenar.

Saturday, December 13, 2008

ISU SOSIAL REMAJA PENANG

Pagi ini saya membelek-belek sisipan muka depan akhbar Harian Metro, bertajuk “Bergasak kerana tarian”. Berita mengenai remaja anak muda kita pada hari ini yang “Mantop” dan “Bijak” menari tarian yang dikatakan menarik iaitu “Shuffle”. Saya ringkaskan kandungan berita tersebut. Tarian ini dijadikan “Lesen” untuk mereka berpeleseran sambil minum arak dan bergaduh sesama
sendiri. Itu rangkaian ayat mukadimah laporan berita tersebut. Saya merasakan anda semua pasti sudah tahu dan diberitahu juga mengenai kegiatan remaja dengan tarian Shuffle ini.
Baru-baru ini juga saya berkesempatan berada di sebuah pusat membeli-belah di Pulau Pinang, dan aktiviti Shuffle ini juga dapat dilihat di sana. Remaja lengkap beruniform rasmi kumpulan Shuffle mereka dengan lambang dan identiti tersendiri. Saya pasti mereka ini semuanya masih bersekolah dan ada keluarga masing-masing. Ibu bapa saya juga tidak senang dengan suasana yang sebegitu kerana mereka remaja kita hari ini dan generasi akan datang! Tugas kita semua semakin berat untuk menyelamatkan bahtera generasi hari ini untuk sama-sama menongkah arus yang sentiasa bergelora ini.
Bukan ini sahaja isu yang menyentuh anak-anak generasi kini, banyak lagi sebenarnya yang kita tahu wujud di sekeliling kita. Semoga sama-sama kita fikirkan dan lakukan sesuatu. Rujuk juga di website ini http://urusetialandas.blogspot.com/

No comments: