PENGENALAN

Jabatan Kemajuan Masyarakat atau lebih sinonim dikalangan khalayak umum sebagai KEMAS adalah lanjutan dari Bahagian Pelajaran Dewasa yang telah ditubuhkan pada 1961, melalui kertas kabinet Bil.385/25/60 dengan memberi fokus utama kepada program "Pembasmian Buta Huruf".

Menjelang tahun 1977, gerakan membasmi buta huruf ini telah dipertingkatkan dengan pengenalan konsep 'Functional Literacy' oleh UNESCO sebagai satu usaha untuk menjadikan gerakan membasmi kemiskinan sebagai salah satu strategi membangunkan masyarakat luar bandar. Berikutan pelancaran "Dasar Ekonomi Baru" (1970), Bahagian ini telah ditukar namanya kepada "Bahagian Kemajuan Masyarakat" (KEMAS) dengan penekanan kepada usaha-usaha pembangunan masyarakat dalam erti kata sebenar.

Monday, December 15, 2008

KARNIVEL USAHAWAN DESA ANJURAN KKLW



Karnival Usahawan Desa (KUD) 2008 akan dianjurkan oleh Kementerian kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) pada 18 hingga 20 Disember 2008 dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Karnival selama tiga hari bermula jam 10 pagi hingga 10 malam di Dataran Merdeka ini akan menyediakan 150 lot jualan dan pameran daripada usahawan-usahawan luar bandar yang melibatkan pelbagai bidang perniagaan seperti industri makanan, minuman, herba/perubatan, perkhidmatan, industri pembuatan, pertanian dan tekstil. Perasmian akan disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Haji Najib Bin Abd Razak, Timbalan Perdana Menteri pada 18 Disember 2008 jam 3.00

No comments: