PENGENALAN

Jabatan Kemajuan Masyarakat atau lebih sinonim dikalangan khalayak umum sebagai KEMAS adalah lanjutan dari Bahagian Pelajaran Dewasa yang telah ditubuhkan pada 1961, melalui kertas kabinet Bil.385/25/60 dengan memberi fokus utama kepada program "Pembasmian Buta Huruf".

Menjelang tahun 1977, gerakan membasmi buta huruf ini telah dipertingkatkan dengan pengenalan konsep 'Functional Literacy' oleh UNESCO sebagai satu usaha untuk menjadikan gerakan membasmi kemiskinan sebagai salah satu strategi membangunkan masyarakat luar bandar. Berikutan pelancaran "Dasar Ekonomi Baru" (1970), Bahagian ini telah ditukar namanya kepada "Bahagian Kemajuan Masyarakat" (KEMAS) dengan penekanan kepada usaha-usaha pembangunan masyarakat dalam erti kata sebenar.

Tuesday, December 16, 2008

TAHNIAH AEIZA....

Pertama sekali saya mewakili KEMAS Kawasan Bayan Baru ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Cik Noor Aeiza Binti Hassan , Penyelia Bina Insan KEMAS Bayan Baru kerana telah mendapat tawaran berkhidmat bersama Jabatan Imigresen Negeri Pulau Pinang.
Beliau telah memulakan tugas rasmi di sana pada 15 Disember 2008 dan sekaligus telah menamatkan perkhidmatan beliau di KEMAS Bayan Baru.Kami di KEMAS Bayan Baru berasa amat terharu kerana telah kehilangan seorang Pegawai yang sangat berdedikasi dan beliau seorang yang amat tegas dalam menjalankan tugas dikawasan. Suasana pejabat pula terasa sunyi sekarang...Kami di KEMAS Bayan Baru berdoa supaya Cik Noor Aeiza berjaya dalam kerjaya beliau. Segala kenangan bersama KEMAS Bayan Baru sentiasa terpahat dalam ingatan beliau
SELAMAT BERJAYA !!!

Daripada:-
PENYELIA KANAN KAWASAN &KAKITANGAN KEMAS KAWASAN BAYAN BARU

1 comment:

Anonymous said...

Aik? Ada ka post pasai aku? Cett!