PENGENALAN

Jabatan Kemajuan Masyarakat atau lebih sinonim dikalangan khalayak umum sebagai KEMAS adalah lanjutan dari Bahagian Pelajaran Dewasa yang telah ditubuhkan pada 1961, melalui kertas kabinet Bil.385/25/60 dengan memberi fokus utama kepada program "Pembasmian Buta Huruf".

Menjelang tahun 1977, gerakan membasmi buta huruf ini telah dipertingkatkan dengan pengenalan konsep 'Functional Literacy' oleh UNESCO sebagai satu usaha untuk menjadikan gerakan membasmi kemiskinan sebagai salah satu strategi membangunkan masyarakat luar bandar. Berikutan pelancaran "Dasar Ekonomi Baru" (1970), Bahagian ini telah ditukar namanya kepada "Bahagian Kemajuan Masyarakat" (KEMAS) dengan penekanan kepada usaha-usaha pembangunan masyarakat dalam erti kata sebenar.

Wednesday, December 17, 2008

SELAMAT BERTUGAS DI KEMAS BAYAN BARU

Alhamdulillah...KEMAS Kawasan Bayan Baru kini telah mengisi kekosongan beberapa Jawatan Pemaju Masyarakat di TBK di sekitar Kawasan Bayan Baru. Sebelum ini beberapa buah Tabika dikendalikan oleh Pembantu Pemaju Masyarakat sebelum pengisian jawatan ini. Kekosongan Jawatan di beberapa buah Tabika adalah disebabkan Pemaju Masyarakat sedia ada telah menamatkan perkhidmatan.

Seramai lima orang telah lapor diri di PEJABAT KEMAS KAWASAN BAYAN BARU pada 1.12.2008 setelah menamatkan Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak pada 26.9.2008. Kakitangan tersebut adalah seperti berikut.....

1- Cik Umikelsum Bt Mohammed - Tabika Bandar Bayan Baru
2- Cik Baizura Bt Bohri - Tabika Polis Marin
3- Cik Norsyazani Bt Abu Hassan - Tabika Kampung Jawa
4- Cik Norma Bt Hashim - Tabika Batu Uban
5- Cik Azmaliza Bt Ismail - Tabika Jalan Mahsuri

KEMAS Kawasan Bayan Baru mengucapkan Tahniah diatas perlantikan dan Selamat Bertugas di KEMAS Kawasan Bayan Baru.


No comments: