PENGENALAN

Jabatan Kemajuan Masyarakat atau lebih sinonim dikalangan khalayak umum sebagai KEMAS adalah lanjutan dari Bahagian Pelajaran Dewasa yang telah ditubuhkan pada 1961, melalui kertas kabinet Bil.385/25/60 dengan memberi fokus utama kepada program "Pembasmian Buta Huruf".

Menjelang tahun 1977, gerakan membasmi buta huruf ini telah dipertingkatkan dengan pengenalan konsep 'Functional Literacy' oleh UNESCO sebagai satu usaha untuk menjadikan gerakan membasmi kemiskinan sebagai salah satu strategi membangunkan masyarakat luar bandar. Berikutan pelancaran "Dasar Ekonomi Baru" (1970), Bahagian ini telah ditukar namanya kepada "Bahagian Kemajuan Masyarakat" (KEMAS) dengan penekanan kepada usaha-usaha pembangunan masyarakat dalam erti kata sebenar.

Monday, November 30, 2009

JADUAL PEMBAYARAN GAJI 2010



To semua kakitangan boleh laaa buat perancangan perbelanjaan untuk tahun hadapan....

MESYUARAT JKPP Bil - 11

Hari ini diadakan Mesyuarat JKPP Bil ke 11 KEMAS Kawasan Bayan Baru. Mesyuarat membincangkan pelbagai perkara untuk semua unit termasuk Prasekolah, Unit BPM, Unit Pembangunan Desa, Unit Bina Insang, Perhubungan & Unit Pembangunan Desa....

Tuesday, November 24, 2009

MAJLIS PELANCARAN BLOG RASMI KEMAS BAYAN BARU..


Ketibaan Dato' Timbalan Menteri disambut oleh Penyelia Kanan Kawasan En roslan Bin Mohamed dengan iringan kompang dan silat oleh Kanak-kanak Tabika


Semua tetamu menyanyikan lagu Negaraku & Lagu KEMAS


Ucapan Aluan oleh Tuan Hj Kamaruddin Bin Hj Ismail, Pengarah KEMAS Pulau Pinang


Ucapan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bayan Baru , Tuan Ir Mansur Bin Musa

Antara Jemputan yang hadir adalah Pengerusi Tabika, Jawatankuasa UMNO Bahagian, Wakil dari Lembaga Tabung Haji, & Penyelia-Penyelia Kanan Kawasan di dalam Negeri Pulau Pinang

Sebagai Simbolik, Datuk Timbalan Menteri diminta untuk memetik butang yang disediakan bagi menandakan beliau melancarkan Blog Rasmi KEMAS Bayan Baru

Sedikit info menarik yang dikongsi bersama....


Menghayati slide presentation yang telah disediakan oleh urusetia KEMAS Kawasan Bayan Baru


Alhamdulillah.. Semuanya berjalan dengan lancar walaupun terdapat sedikit gangguan teknikal pada peringkat permulaan...

Monday, November 16, 2009

SIDANG MEDIA SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN TABIKA KEMAS KAWASAN BAYAN BARU - Swasta diminta bantu Tabika Kemas

PULAU PINANG 15 Nov. - Sektor swasta diminta tampil memberi sokongan bagi membantu kerajaan membangunkan modal insan yang berkualiti di negara ini terutama di peringkat prasekolah.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hasan Malek berkata, pendidikan prasekolah antara komponen yang penting dalam sistem pendidikan negara pada masa kini.
Katanya, melalui pendidikan tahap itu, nilai-nilai murni akan dapat disemai ke dalam diri anak-anak.
''Kita semua sedar, anak-anak ini akan menjadi pewaris kepimpinan negara satu masa nanti. Justeru mereka ini tidak boleh kita mempersia-siakan.

''Janganlah hanya mengharapkan kerajaan. Sektor swasta digesa sama-sama membantu. Bantuan boleh dilakukan dalam pelbagai cara termasuk menyediakan premis untuk Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) selain membantu menghulurkan bantuan kewangan," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Konvokesyen Tabika Kemas kawasan Bayan Baru.

Jelas Hasan, peranan sektor swasta juga amat diperlukan terutama di negeri-negeri yang dikenalpasti sukar mendapatkan tempat untuk diadakan Tabika Kemas kerana kekurangan tanah atau akibat pelbagai masalah lain.


MAJLIS KONVOKESYEN PELAJAR TABIKA KEMAS & PELANCARAN BLOG RASMI KEMAS KAWASAN BAYAN BARU





Alhamdulillah... Blog Rasmi Pejabat Kemajuan Masyarakat ( KEMAS ) Kawan Bayan Baru telah dilancarkan dengan rasminya oleh Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah iaitu YB Dato' Hj Hassan Bin Malek pada 15 November 2009 bertempat di Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas Pulau Pinang . Turut hadir Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bayan Baru Tuan Ir Mansor Bin Musa & Tuan Haji Kamaruddin Bin Hj Ismail , Pengarah KEMAS Negeri Pulau Pinang.

Thursday, November 5, 2009

DISKUSI ILMIAH









MESYUARAT JKPP KEMAS KAWASAN BAYAN BARU


Menyuarat JKPP diadakan setiap bulan


banyak perkara yang dibincangkan dengan semua kakitangan


Semua PM tekun mendengar nasihat dan arahan daripada Penyelia Kanan