PENGENALAN

Jabatan Kemajuan Masyarakat atau lebih sinonim dikalangan khalayak umum sebagai KEMAS adalah lanjutan dari Bahagian Pelajaran Dewasa yang telah ditubuhkan pada 1961, melalui kertas kabinet Bil.385/25/60 dengan memberi fokus utama kepada program "Pembasmian Buta Huruf".

Menjelang tahun 1977, gerakan membasmi buta huruf ini telah dipertingkatkan dengan pengenalan konsep 'Functional Literacy' oleh UNESCO sebagai satu usaha untuk menjadikan gerakan membasmi kemiskinan sebagai salah satu strategi membangunkan masyarakat luar bandar. Berikutan pelancaran "Dasar Ekonomi Baru" (1970), Bahagian ini telah ditukar namanya kepada "Bahagian Kemajuan Masyarakat" (KEMAS) dengan penekanan kepada usaha-usaha pembangunan masyarakat dalam erti kata sebenar.

Saturday, December 13, 2008

ISU SOSIAL REMAJA PENANG

Pagi ini saya membelek-belek sisipan muka depan akhbar Harian Metro, bertajuk “Bergasak kerana tarian”. Berita mengenai remaja anak muda kita pada hari ini yang “Mantop” dan “Bijak” menari tarian yang dikatakan menarik iaitu “Shuffle”. Saya ringkaskan kandungan berita tersebut. Tarian ini dijadikan “Lesen” untuk mereka berpeleseran sambil minum arak dan bergaduh sesama
sendiri. Itu rangkaian ayat mukadimah laporan berita tersebut. Saya merasakan anda semua pasti sudah tahu dan diberitahu juga mengenai kegiatan remaja dengan tarian Shuffle ini.
Baru-baru ini juga saya berkesempatan berada di sebuah pusat membeli-belah di Pulau Pinang, dan aktiviti Shuffle ini juga dapat dilihat di sana. Remaja lengkap beruniform rasmi kumpulan Shuffle mereka dengan lambang dan identiti tersendiri. Saya pasti mereka ini semuanya masih bersekolah dan ada keluarga masing-masing. Ibu bapa saya juga tidak senang dengan suasana yang sebegitu kerana mereka remaja kita hari ini dan generasi akan datang! Tugas kita semua semakin berat untuk menyelamatkan bahtera generasi hari ini untuk sama-sama menongkah arus yang sentiasa bergelora ini.
Bukan ini sahaja isu yang menyentuh anak-anak generasi kini, banyak lagi sebenarnya yang kita tahu wujud di sekeliling kita. Semoga sama-sama kita fikirkan dan lakukan sesuatu. Rujuk juga di website ini http://urusetialandas.blogspot.com/

Friday, December 12, 2008

PENDUDUK MISKIN TEGAR DI BATU UBAN

Kini terbaru seorang lagi penduduk miskin di Batu Uban tidak ada tempat tinggal dan menumpang di sebuah pondok( atas ehsan seorang penduduk) dalam keadaan sebatang kara .Beliau bernama Ibrahim Bapoo yang berusia 60 tahun dan bujang serta tiada berpendapatan.Kami memohon setiap jabatan yang bertanggungjawab mengambil tindakan segera untuk membantu masyarakat tanpa mengira Bangsa dan Parti



KETUA MENTERI PULAU PINANG DI PARLIMEN


LIM KIT SIANG KENA BAMBU

Lim Kit Siang (DAP - Ipoh Barat) dan beberapa orang wakil pembangkang di belasah teruk oleh Menteri Pelancongan, YB Dato’ Sri Azalina Othman Said semasa seisi penggulungan di Dewan Rakyat semalam. Walaupun pada mulanya Azalina diasak bertali arus dengan pelbagai soalan berkaitan ‘Skandal Pampena’ namun semuanya berjaya ditangkis oleh Azalina dengan jawapannya yang padat dan ringkas.
Antara isu yang dibangkitkan semalam ialah berkenaan satu artikel yang di keluarkan oleh akhbar The Sun berhubung pembelian barangan antik oleh Azalina yang dibayar dengan mengunakan peruntukkan kementerian yang kemudianya di hadiahkan kepada Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Soalan yang dikemukakan oleh Kit Siang itu kemudiannya dibidas oleh Azalina dengan menjelaskan bahawasanya urusan pembelian dan pembayaran itu sebenarnya di buat oleh sebuah syarikat korporat yang kemudiannya diserahkan kepada Perdana Menteri sebagai cenderahati kerana sudi merasmikan majlis perasmian Zoom di ibukota tidak beberapa lama dahulu.
Azalina kemudiannya menegaskan pembelian barang antik tersebut sebenarnya langsung tidak melibatkan peruntukkan kerajaan seperti yang didakwa. Tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan, Kit Siang sekali lagi bangun meminta penjelasan berhubung perkara yang sama. Namun Azalina berjaya mematikan hujah yang diberikan.
“YB (merujuk kepada Kit Sinag) tanya, saya dah jawab, takkan nak tanya soalan yang sama berulang kali, apa yang susah sangat YB nak faham. Takkan itupun YB tak boleh nak faham” kata Azalina.
Azalina juga mencabar Kit Siang untuk membuat laporan polis sekiranya masih meragui dengan jawapan yang diberikan. Sejurus selepas itu, Kit Siang sekali lagi ditempelak oleh Azalina kerana suka dan gemar membuat tuduhan melulu. Kit Siang juga digesa untuk mengemukan bukti seperti resit pembelian seandainya masih meragui dengan jaapan yang diberi.
“Masalah dengan YB ialah suka melatah bila dengar khabar angin, kalau betul, mana resitnya, mana buktinya, kalau masih tak nak percaya pergilah tanya dengan tuan kedai tu. Siapa yang beli, siapa yang bayar”.
Jawapan yang diberikan oleh Azalina itu akhirnya membuatkan Kit Siang terkedu seketika. Sebagai tanda menutup malu Fong Po Kuan (DAP - Batu Gajah) lantas bangkit untuk mengalihkan perhatian dewan dengan bertanya soalan tambahan. Kui Lam cuba mempersoalkan kewajaran Perdana Menteri menerima cenderahati tersebut.
Namun sebelum Azalina sempat memberikan jawapan, Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) lantas bangkit mempersoalkan kembali tindakan yang dilakukan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang menerima pemberian tajaan dari sebuah syarikat swasta dengan menghantar wakil rakyatnya bercuti ke luar negara suatu ketika dahulu.
Tambah membuatkan mereka (pembangkang) terkedu, apabila Azalina secara sinis menyindir mereka apabila bercuti ke luar negara beramai-ramai atas alasan untuk menganjurkan kejohanan tenis, namun sehingga ke hari ini isu tersebut diam begitu sahaja.
“Masalah pembangkang ialah, lebih sudu dari kuah, cakap sahaja lebih hasilnya entah kemana.. tak sampai 6 bulan memerintah negeri (Pulau Pinang), macam-macam ‘hanky pangky’ yang dibuatnya” katanya menutup perbahasan.

Wednesday, December 10, 2008

TERIMA KASIH GDW PENGKALAN PANDAN , KEMAMAN TERENGGANU

warga Bayan Baru mengucapkan jutaan terima kasih kepada warga kampung GDW Pengkalan Pandan , KEMAMAN Terengganu yang telah datang ke Negeri Pulau Pinang dan melawat di sekitar Pulau Pinang khususnya di Kawasan Bayan Baru pada 27-29 November 2008 yang lalu.
Rombongan seramai 80 orang ini adalah satu kunjugan kali pertama mereka dan di samping itu ingin menjalinkan persahabatan antara dua buah negeri. Kami mewakili pihak UMNO Cawangan dan penduduk di sekitar Bayan Baru mengucapkan Terima Kasih kepada Ybhg Dato' Abdul Rahim Saibu Ketua UMNO Bahagian Bayan Baru & Ybhg Tuan Ir Mansor Bin Musa, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bayan Baru kerana sudi melapangkan masa menyambut dan meraikan rombongan dari Kemaman Terengganu ini. KEMAS Bayan Baru mengucapkan tahniah & juga berterima kasih kepada UMNO Cawangan / JKKP / GDW Sungai Tiram kerana telah mengadakan majlis jamuan makan malam bagi meraikan kawan-kawan dari Kg Pengkalan Pandan secara tidak langsung ia menjadi satu program yg meriah untuk masyarakat kampung... Syabas.........

kat sini ada beberapa gambar kenangan orang BAYAN BARU + orang KEMAMAN....

Rombongan di Sambut oleh Jawatankuasa UMNO Cawangan Sg Tiram / GDW / JKKKP

Pengerusi Kg Pengkalan Pandan , En Satti menyampaikan sedikit ucapan


Jamuan Makan.....makanan penang.................

Penerangan mengenai kejayaan dan pencapaian kampung mereka

mereka dihiburkan dengan tayangan slide persembahan boria & aktiviti di Bayan Baru

Tuesday, December 9, 2008

SAMBUTAN RUMAH TERBUKA KEMAS BAYAN BARU

Majlis Rumah Terbuka KEMAS Kawasan Bayan Baru telah diadakan sempena
Hari Raya Aidilfitri...hampir 500 orang tetamu yang hadir....
menu yang selalu hot... sate ayam........... sapa lambat x dapat le..
antara kawan-kawan KEMAS kawasan yg lain, zam, mas, ust syakir...

Penyelia kanan sibuk melayan tetamu....sampai merah muka....

Kehadiran Tuan Pengarah, Tuan Pengarah KEMAS & Isteri memeriahkan lagi majlis

Ramai yang hadir,termasuk semua waris Tabika, Pengerusi Tabika & masyarakat sekitar
Bayan Baru


Penolong Pengarah,Penyelia Kanan & Penyelia Kawasan

Bersemangat....walaupun semua kakitangan dikalangan wanita

Kakitangan KEMAS Kawasan Bayan Baru melayan tetamu yang hadir

Monday, December 8, 2008

PROGRAM KEMERDEKAAN KEMAS BAYAN BARU

Pelbagai acara menarik diadakan bagi menyambut ulangtahun kemerdekaan pada setiap tahun. Tidak ketinggalan KEMAS BAYAN BARU yang telah mengadakan sambutan kemerdekaan pada setiap tahun..antara aktiviti dan program yang telah kami adalah melibatkan semua golongan. Antara yang diadakan adalah seperti Gotong Royong,pertandingan mewarna untuk kanak-kanak tabika,kenduri rakyat, Ceramah Agama, pemerisaan kesihatan, kaunter daftar pemilih,pertandingan ratu kebaya, pertandingan karaoke, sumbangan dan penghargaan kepada golongan yang berjasa, tayangan filem kemerdekaan dan beberapa acara istimewa seperti kehadiran beberapa artis veteran dan tembakan bunga api.




























Friday, December 5, 2008

PROGRAM UNIT PERHUBUNGAN DAN PEMBANGUNAN DESA


Lawatan Timbalan Menteri KKLW ke Kawasan Bayan Baru



Lawatan Dato' Seri Najib Tun Abd Razak ke Kawasan Bayan Baru




Kaunter semakan daftar pemilih di GDW Sungai Nibong Kecil Mk 13




Program bersama pemimpin di DUN Batu Maung



Taklimat keselamatan kampung di GDW Sungai Tiram




AKTIVITI PRA SEKOLAH



Perasmian Konvokesyen Sukan Tabika Peringkat KEMAS Kawasan Bayan Baru



Tilawah Al-Quran oleh arunak tabika KEMAS Bayan Baru




Semangat Kesukanan kanak-kanak Tabika




Menunjukkan bakat dalam Nasyid





Ibu bapa kanak-kanak tabika di dalam bengkel Keibubapaan