KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR WILAYAH
PENGENALAN
Jabatan Kemajuan Masyarakat atau lebih sinonim dikalangan khalayak umum sebagai KEMAS adalah lanjutan dari Bahagian Pelajaran Dewasa yang telah ditubuhkan pada 1961, melalui kertas kabinet Bil.385/25/60 dengan memberi fokus utama kepada program "Pembasmian Buta Huruf".
Menjelang tahun 1977, gerakan membasmi buta huruf ini telah dipertingkatkan dengan pengenalan konsep 'Functional Literacy' oleh UNESCO sebagai satu usaha untuk menjadikan gerakan membasmi kemiskinan sebagai salah satu strategi membangunkan masyarakat luar bandar. Berikutan pelancaran "Dasar Ekonomi Baru" (1970), Bahagian ini telah ditukar namanya kepada "Bahagian Kemajuan Masyarakat" (KEMAS) dengan penekanan kepada usaha-usaha pembangunan masyarakat dalam erti kata sebenar.
Saturday, December 20, 2008
GAJI TAHUN 2009
Thursday, December 18, 2008
JEJAK MISKIN TEGAR..
Dalam kehidupan seharian kita...pastinya kita lupa dan alpa bahawa ada dikalangan kita yang tidak berpeluang merasai nikmat hidup, kesenangan , keselesaan dan kebahagian seperti mana yang kita rasai.... KEMAS Kawasan Bayan Baru menjejak dan mendapatkan maklumat beberapa warga emas yang hidup didalam kedaifan dan amat memerlukan bantuan...... semoga paparan ini dapat menjadikan pengajaran kepada kita bahawa,
" DALAM KEMEWAHAN KITA PADA HARI INI , JANGAN LUPA MASIH ADA YANG DAIF DAN MEMERLUKAN...."
di sini saya paparkar hasil laporan beberapa orang petugas KEMAS di DUN Pantai Jerejak ....
Petugas KEMAS Bayan Baru mendapatkan maklumat terlebih dahulu
daripada penduduk kampung sebelum memulakan perjalanan di sekitar kampung
PETUGAS JEJAK MISKIN TEGAR....
Thanks...walaupun baru beberapa hari lapor diri....tetapi bukan alasan untuk menjalankan tanggungjawab....itulah semangat kakitangan KEMAS yang terlibat dalam menjejak miskin tegar yang diadakan di DUN Pantai Jerejak...Insyallah akan menyusul ke DUN yang lain.........
Penat jugak yee....terpaksa meredah kampung yang berbukit.....
Walaubagaimanapun....semua petugas tetap bersemangat walaupun berjalan di sekitar kampung dalam cuasa yang panas...
TERIMA KASIH KEPADA PENGERUSI JKKKP SG NIBONG BESAR & KETUA WANITA UMNO CAWANGAN SUNGAI NIBONG BESAR DIATAS KERJASAMA DAN BANTUAN....
Wednesday, December 17, 2008
SELAMAT BERTUGAS DI KEMAS BAYAN BARU
Seramai lima orang telah lapor diri di PEJABAT KEMAS KAWASAN BAYAN BARU pada 1.12.2008 setelah menamatkan Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak pada 26.9.2008. Kakitangan tersebut adalah seperti berikut.....
1- Cik Umikelsum Bt Mohammed - Tabika Bandar Bayan Baru
2- Cik Baizura Bt Bohri - Tabika Polis Marin
3- Cik Norsyazani Bt Abu Hassan - Tabika Kampung Jawa
4- Cik Norma Bt Hashim - Tabika Batu Uban
5- Cik Azmaliza Bt Ismail - Tabika Jalan Mahsuri
KEMAS Kawasan Bayan Baru mengucapkan Tahniah diatas perlantikan dan Selamat Bertugas di KEMAS Kawasan Bayan Baru.
Tuesday, December 16, 2008
TAHNIAH AEIZA....
Beliau telah memulakan tugas rasmi di sana pada 15 Disember 2008 dan sekaligus telah menamatkan perkhidmatan beliau di KEMAS Bayan Baru.Kami di KEMAS Bayan Baru berasa amat terharu kerana telah kehilangan seorang Pegawai yang sangat berdedikasi dan beliau seorang yang amat tegas dalam menjalankan tugas dikawasan. Suasana pejabat pula terasa sunyi sekarang...Kami di KEMAS Bayan Baru berdoa supaya Cik Noor Aeiza berjaya dalam kerjaya beliau. Segala kenangan bersama KEMAS Bayan Baru sentiasa terpahat dalam ingatan beliau
SELAMAT BERJAYA !!!
Daripada:-
PENYELIA KANAN KAWASAN &KAKITANGAN KEMAS KAWASAN BAYAN BARU
Monday, December 15, 2008
KARNIVEL USAHAWAN DESA ANJURAN KKLW
Saturday, December 13, 2008
ISU SOSIAL REMAJA PENANG
Baru-baru ini juga saya berkesempatan berada di sebuah pusat membeli-belah di Pulau Pinang, dan aktiviti Shuffle ini juga dapat dilihat di sana. Remaja lengkap beruniform rasmi kumpulan Shuffle mereka dengan lambang dan identiti tersendiri. Saya pasti mereka ini semuanya masih bersekolah dan ada keluarga masing-masing. Ibu bapa saya juga tidak senang dengan suasana yang sebegitu kerana mereka remaja kita hari ini dan generasi akan datang! Tugas kita semua semakin berat untuk menyelamatkan bahtera generasi hari ini untuk sama-sama menongkah arus yang sentiasa bergelora ini.
Bukan ini sahaja isu yang menyentuh anak-anak generasi kini, banyak lagi sebenarnya yang kita tahu wujud di sekeliling kita. Semoga sama-sama kita fikirkan dan lakukan sesuatu. Rujuk juga di website ini http://urusetialandas.blogspot.com/
Friday, December 12, 2008
PENDUDUK MISKIN TEGAR DI BATU UBAN
KETUA MENTERI PULAU PINANG DI PARLIMEN
LIM KIT SIANG KENA BAMBU
Lim Kit Siang (DAP - Ipoh Barat) dan beberapa orang wakil pembangkang di belasah teruk oleh Menteri Pelancongan, YB Dato’ Sri Azalina Othman Said semasa seisi penggulungan di Dewan Rakyat semalam. Walaupun pada mulanya Azalina diasak bertali arus dengan pelbagai soalan berkaitan ‘Skandal Pampena’ namun semuanya berjaya ditangkis oleh Azalina dengan jawapannya yang padat dan ringkas.
Antara isu yang dibangkitkan semalam ialah berkenaan satu artikel yang di keluarkan oleh akhbar The Sun berhubung pembelian barangan antik oleh Azalina yang dibayar dengan mengunakan peruntukkan kementerian yang kemudianya di hadiahkan kepada Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Soalan yang dikemukakan oleh Kit Siang itu kemudiannya dibidas oleh Azalina dengan menjelaskan bahawasanya urusan pembelian dan pembayaran itu sebenarnya di buat oleh sebuah syarikat korporat yang kemudiannya diserahkan kepada Perdana Menteri sebagai cenderahati kerana sudi merasmikan majlis perasmian Zoom di ibukota tidak beberapa lama dahulu.
Azalina kemudiannya menegaskan pembelian barang antik tersebut sebenarnya langsung tidak melibatkan peruntukkan kerajaan seperti yang didakwa. Tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan, Kit Siang sekali lagi bangun meminta penjelasan berhubung perkara yang sama. Namun Azalina berjaya mematikan hujah yang diberikan.
“YB (merujuk kepada Kit Sinag) tanya, saya dah jawab, takkan nak tanya soalan yang sama berulang kali, apa yang susah sangat YB nak faham. Takkan itupun YB tak boleh nak faham” kata Azalina.
Azalina juga mencabar Kit Siang untuk membuat laporan polis sekiranya masih meragui dengan jawapan yang diberikan. Sejurus selepas itu, Kit Siang sekali lagi ditempelak oleh Azalina kerana suka dan gemar membuat tuduhan melulu. Kit Siang juga digesa untuk mengemukan bukti seperti resit pembelian seandainya masih meragui dengan jaapan yang diberi.
“Masalah dengan YB ialah suka melatah bila dengar khabar angin, kalau betul, mana resitnya, mana buktinya, kalau masih tak nak percaya pergilah tanya dengan tuan kedai tu. Siapa yang beli, siapa yang bayar”.
Jawapan yang diberikan oleh Azalina itu akhirnya membuatkan Kit Siang terkedu seketika. Sebagai tanda menutup malu Fong Po Kuan (DAP - Batu Gajah) lantas bangkit untuk mengalihkan perhatian dewan dengan bertanya soalan tambahan. Kui Lam cuba mempersoalkan kewajaran Perdana Menteri menerima cenderahati tersebut.
Namun sebelum Azalina sempat memberikan jawapan, Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) lantas bangkit mempersoalkan kembali tindakan yang dilakukan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang menerima pemberian tajaan dari sebuah syarikat swasta dengan menghantar wakil rakyatnya bercuti ke luar negara suatu ketika dahulu.
Tambah membuatkan mereka (pembangkang) terkedu, apabila Azalina secara sinis menyindir mereka apabila bercuti ke luar negara beramai-ramai atas alasan untuk menganjurkan kejohanan tenis, namun sehingga ke hari ini isu tersebut diam begitu sahaja.
“Masalah pembangkang ialah, lebih sudu dari kuah, cakap sahaja lebih hasilnya entah kemana.. tak sampai 6 bulan memerintah negeri (Pulau Pinang), macam-macam ‘hanky pangky’ yang dibuatnya” katanya menutup perbahasan.
Wednesday, December 10, 2008
TERIMA KASIH GDW PENGKALAN PANDAN , KEMAMAN TERENGGANU
Rombongan seramai 80 orang ini adalah satu kunjugan kali pertama mereka dan di samping itu ingin menjalinkan persahabatan antara dua buah negeri. Kami mewakili pihak UMNO Cawangan dan penduduk di sekitar Bayan Baru mengucapkan Terima Kasih kepada Ybhg Dato' Abdul Rahim Saibu Ketua UMNO Bahagian Bayan Baru & Ybhg Tuan Ir Mansor Bin Musa, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bayan Baru kerana sudi melapangkan masa menyambut dan meraikan rombongan dari Kemaman Terengganu ini. KEMAS Bayan Baru mengucapkan tahniah & juga berterima kasih kepada UMNO Cawangan / JKKP / GDW Sungai Tiram kerana telah mengadakan majlis jamuan makan malam bagi meraikan kawan-kawan dari Kg Pengkalan Pandan secara tidak langsung ia menjadi satu program yg meriah untuk masyarakat kampung... Syabas.........
kat sini ada beberapa gambar kenangan orang BAYAN BARU + orang KEMAMAN....
Tuesday, December 9, 2008
SAMBUTAN RUMAH TERBUKA KEMAS BAYAN BARU
Penyelia kanan sibuk melayan tetamu....sampai merah muka....
Kehadiran Tuan Pengarah, Tuan Pengarah KEMAS & Isteri memeriahkan lagi majlis
Ramai yang hadir,termasuk semua waris Tabika, Pengerusi Tabika & masyarakat sekitar
Bayan Baru
Penolong Pengarah,Penyelia Kanan & Penyelia Kawasan
Bersemangat....walaupun semua kakitangan dikalangan wanita
Kakitangan KEMAS Kawasan Bayan Baru melayan tetamu yang hadir